{"id":32036,"date":"2024-10-29T22:09:02","date_gmt":"2024-10-29T14:09:02","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=32036"},"modified":"2024-10-29T22:09:03","modified_gmt":"2024-10-29T14:09:03","slug":"atlet-sabah-terima-rm2-19-juta-insentif-kemenangan-dari-kerajaan-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/10\/29\/atlet-sabah-terima-rm2-19-juta-insentif-kemenangan-dari-kerajaan-negeri\/","title":{"rendered":"Atlet Sabah terima RM2.19 juta insentif kemenangan dari kerajaan negeri"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini menyampaikan insentif berjumlah RM2.19 juta kepada atlet Sabah yang berjaya dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para SUKMA XXI di Sarawak baru-baru ini.
Turut mendapat ganjaran, pelari negara Eddy Bernard yang mendapat pingat gangsa dalam acara 100m di sukan Paralimpik Paris 2024, sebanyak RM50,000.
\u201cBagi pihak kerajaan negeri, saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada atlet yang telah mewakili negeri Sabah di kedua-dua temasya sukan berprestij ini,\u201d kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di majlis penyampaian insentif kemenangan di sini, pada Selasa.
Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin.
Ketua Menteri berkata turut tidak dilupakan kesemua jurulatih dan pengurus-pengurus pasukan yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi menjaga kebajikan atlet masing-masing selama hampir dua tahun sebelum menghadapi SUKMA dan Para SUKMA lalu.
\u201cAtas keprihatinan ini, insentif sebanyak RM245,000 diberikan kepada jurulatih-jurulatih dan pengurus-pengurus pasukan SUKMA dan sebanyak RM250,500 diberikan kepada jurulatih-jurulatih dan pengurus-pengurus pasukan Para SUKMA.
\u201cSaya juga mengucapkan tahniah kepada atlet renang yang berasal dari daerah Sandakan iaitu Shahafiq Abdullah kerana telah dipilih sebagai pemenang anugerah Atlet Lelaki Terbaik Para SUKMA Edisi Ke-21, 2024 selepas membawa pulang empat pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.
\u201cLebih membanggakan lagi, keempat-empat pingat emas yang dimenangi beliau itu merupakan catatan rekod baharu kebangssan. Dengan kejayaan itu, Shahafiq akan menerima insentif tambahan untuk anugerah ini iaitu sebanyak RM10,000,\u201d katanya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri berharap semua perancangan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan berjalan dengan lancar khususnya dalam pembangunan sukan dan belia di negeri ini.
\u201cPada bulan September lalu, saya telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah di Wisma MUIS. Saya telah menerima taklimat berkaitan usaha kementerian ini untuk terus memajukan aspek sukan dan belia di negeri ini,\u201d katanya.
Beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan terus memperuntukkan perbelanjaan besar dan konsisten bagi memastikan lebih banyak aktiviti sukan dan belia dapat dijalankan.
\u201cKita juga akan terus menyediakan prasarana dan teknologi yang moden dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan atlet dan belia untuk berlatih atau bekerja dengan lebih efisien,\u201d katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak berkaitan dalam pembangunan sukan termasuk jurulatih, pengurus dan atlet agar sentiasa manfaatkan segala kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan masing-masing.
\u201cIni termasuk untuk memastikan kejayaan lebih gemilang, bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di arena antarabangsa. Setiap kejayaan yang diperoleh bukanlah penamat perjuangan kita. Sebaliknya, ia adalah titik permulaan bagi kita mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
\u201cIngin saya tegaskan juga, sukan bukan sekadar mengenai pingat dan kemenangan semata-mata, sebaliknya ia melahirkan sifat ketekunan, kerjasama dan integriti.
\u201cNilai inilah yang sepatutnya tersemat dalam diri atlet. Saya berharap semua pihak akan terus memartabatkan sukan di negeri ini, sekali gus mengharumkan nama negeri dan negara di persada antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini menyampaikan insentif berjumlah RM2.19 juta kepada atlet Sabah yang berjaya dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para SUKMA XXI di Sarawak baru-baru ini.Turut mendapat ganjaran, pelari negara Eddy Bernard yang mendapat pingat gangsa dalam acara 100m di sukan Paralimpik Paris 2024, sebanyak RM50,000.\u201cBagi pihak kerajaan negeri, saya ingin […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":32037,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-32036","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32036","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32036"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32036\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32038,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32036\/revisions\/32038"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32037"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32036"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32036"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32036"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}