{"id":31944,"date":"2024-10-26T16:38:43","date_gmt":"2024-10-26T08:38:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=31944"},"modified":"2024-10-26T16:41:10","modified_gmt":"2024-10-26T08:41:10","slug":"kuskop-hargai-kopenas-jayakan-pelan-tindakan-digitalisasi-koperasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/10\/26\/kuskop-hargai-kopenas-jayakan-pelan-tindakan-digitalisasi-koperasi\/","title":{"rendered":"KUSKOP hargai KOPENAS jayakan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUANTAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menghargai usaha Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS) menjayakan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 dengan mewujudkan platform dan aplikasi digital koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ini selaras dengan dasar yang dibangunkan oleh kementerian iaitu Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelan Tindakan Digitalisasi Koperasi ini bertujuan meningkatkan keupayaan koperasi menjalankan perniagaan berasaskan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya hargai inisiatif KOPENAS yang bekerjasama dengan rakan strategik mereka iaitu VX Technica bagi memperkenalkan platform digital koperasi melalui aplikasi School Transformation E-Platforms (STEP) dan aplikasi digital KOPENAS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKOPENAS telah bekerjasama dengan 684 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia bagi membantu memodenkan sistem pengurusan inventori, transaksi dan pelaporan dengan lebih cekap dan selamat melalui platform STEP. Selain itu aplikasi KOPENAS menyediakan platform perkongsian maklumat koperasi kepada ahli-ahlinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap usaha KOPENAS ini akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada koperasi-koperasi lain di seluruh negara supaya turut sama menjadi pelaksana dasar-dasar dan pelan-pelan tindakan kementerian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Peluncuran Sambutan 40 Tahun Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad, di Hotel Zenith, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato\u2019 Sri Khairul Dzaimee Daud, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP Azizul Alias, Naib Ketua Pegawai Eksekutif Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Siti Azlin Ahmad Dauta dan Pengerusi Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad Jumat Mat Lani.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan keusahawanan dan koperasi, kementeriannya akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk pembangunan gerakan koperasi termasuk membuat pindaan Akta Koperasi sedia ada yang telah dibuat lebih 30 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam hal ini, kementerian akan terus mengadakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk koperasi-koperasi untuk mendapatkan pandangan sebelum cadangan pindaan akta itu dikemukakan ke Parlimen untuk proses penggubalan dan pewartaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menjemput KOPENAS mengambil bahagian dalam perbincangan focus group terkait pindaan Akta Koperasi ini. Berdasarkan pengalaman 40 tahun dan banyak pencapaian serta kejayaan yang telah dicapai oleh koperasi ini, maka itu boleh membantu kita membina satu akta koperasi yang lebih baik sesuai dengan cabaran dan keperluan gerakan koperasi masa kini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap Akta Koperasi baharu itu akan membantu menambahbaik dan memperkasakan lagi gerakan koperasi di negara ini termasuklah kecepatan membuat keputusan dengan ketelitian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menghargai usaha Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS) menjayakan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 dengan mewujudkan platform dan aplikasi digital koperasi. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ini selaras dengan dasar yang dibangunkan oleh kementerian iaitu Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030. \u201cPelan Tindakan Digitalisasi Koperasi ini bertujuan meningkatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":31940,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-31944","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31944","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31944"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31944\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31946,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31944\/revisions\/31946"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31940"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31944"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31944"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31944"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}