{"id":31531,"date":"2024-10-08T18:54:00","date_gmt":"2024-10-08T10:54:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=31531"},"modified":"2024-10-08T18:54:02","modified_gmt":"2024-10-08T10:54:02","slug":"empat-faktor-kegagalan-grs-bawa-kemajuan-sabah-suhaimi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/10\/08\/empat-faktor-kegagalan-grs-bawa-kemajuan-sabah-suhaimi\/","title":{"rendered":"Empat faktor kegagalan GRS bawa kemajuan Sabah &#8211; Suhaimi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>SANDAKAN: Empat faktor kegagalan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membawa kemajuan yang bermakna kepada negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir ingin menarik perhatian rakyat Sabah terhadap beberapa isu yang menunjukkan kegagalan dan kelemahan GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFaktor pertama iaitu pembangunan infrastruktur yang perlahan dimana salah satu retorik GRS adalah mereka telah menyelesaikan banyak isu-isu infrastruktur legasi yang ditinggalkan Kerajaan &#8211; Kerajaan terdahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSedangkan realitinya, sehingga hari ini, banyak kawasan di Sabah terutamanya luar bandar masih ketinggalan dari segi pembangunan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, dan elektrik. Malah, semakin teruk,\u201d katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini .<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam soal legasi pula, beliau menjelaskan ramai Menteri kabinet Kerajaan sekarang merupakan ahli-ahli kabinet Sabah pada kerajaan terdahulu seperti Ketua Menteri dan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Bukankah ini legasi mereka?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFaktor kedua, kegagalan mengurangkan jurang pembangunan. Jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia masih ketara. Sabah kekal sebagai salah satu negeri yang paling ketinggalan dari segi kemudahan asas dan peluang ekonomi sehingga 8 daerah dikategorikan sebagai daerah termiskin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun demikian, Ketua Menteri dengan bangganya mengumumkan Sabah berjaya menghapuskan miskin tegar pada Ogos lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi pada kenyataan September 2024, beliau mengumumkan penambahan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk memberi ruang kepada golongan miskin tegar. Apakah ini gambaran sebenarnya kemiskinan tegar sudah berjaya diselasaikan \u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi mempersoalkan dua kenyataan yang berbeza dan tidak jelas sehingga menjejaskan kepercayaan pelabur dalam dan luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFaktor ketiga ketidakstabilan politik dalaman yang mana kepimpinan GRS juga gagal mewujudkan kestabilan politik yang diperlukan untuk kemajuan jangka panjang. Perpecahan dalam kalangan parti-parti komponen dan kegagalan menyatukan kepimpinan menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak fokus kepada agenda pembangunan yang komprehensif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAgenda lokal yang dibawah GRS \u2018Rumah Kita, Kita Jaga\u2019 dengan penekanan kepada pemerkasaan parti lokal membohongi rakyat demi menjaga kepentingan jawatan serta kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana Kerajaan Sabah sekarang terdiri daripada parti-parti nasional seperti PKR dan DAP,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan Suhaimi Ketua Menteri merangkap Ketua GRS sendiri mengatakan keperluan untuk jalinan kerjasama politik bersama parti nasional pada PRN ke 17 sedangkan Presiden-Presiden parti komponen GRS yang lain berpendapat bahawa GRS perlu bertanding secara sendirian.<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata faktor keempat iaitu kegagalan memacu pembangunan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi bawah pentadbiran GRS juga, pertumbuhan ekonomi Sabah masih bergerak perlahan. Ini dibuktikan dari kenyataan YB Datuk Seri Panglima Masidi, Menteri Kewangan Sabah bahawa sehingga Oktober 2024 kutipan hasil Sabah rendah berbanding tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAlasan yang diberikan adalah kerana kutipan hasil utama Kerajaan bergantung kepada pengeluaran minyak mentah dan minyak sawit. Sedangkan Sabah kaya dengan hasil-hasil lain untuk dibangunkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata sektor utama seperti pelancongan, perladangan, dan perikanan belum menunjukkan perkembangan ketara. Tambahan pula, pelaburan dari luar negeri tidak menunjukkan lonjakan yang diharapkan, sekali gus mengehadkan potensi ekonomi Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa terjadi dengan memorandum persefahaman (MoU) yang dilaungkan berbilion-bilion oleh Kerajaan GRS antaranya seperti projek bandar Pavilion Harbour City (RM2 bilion), Integrated Herbal Plantation dan Lok Kawi Resort City (RM7 bilion).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdakah MoU-MoU ini sekadar retorik yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat?<\/p>\n\n\n\n<p>Suhaimi berkata kegagalan-kegagalan ini hanya akan terus membebankan rakyat dan menghalang negeri ini daripada mencapai potensinya yang sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c Melihat kepada kegagalan-kegagalan ini, rakyat Sabah perlu cakna agar tidak terpengaruh dengan janji-janji kosong penuh retorik , dan bersedia menukar kerajaan pada PRN ke-17 akan datang bagi mempastikan masa depan mereka lebih terbela\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Empat faktor kegagalan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membawa kemajuan yang bermakna kepada negeri Sabah. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir ingin menarik perhatian rakyat Sabah terhadap beberapa isu yang menunjukkan kegagalan dan kelemahan GRS. \u201cFaktor pertama iaitu pembangunan infrastruktur yang perlahan dimana salah satu retorik GRS adalah mereka telah menyelesaikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":31532,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-31531","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31531","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31531"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31531\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31533,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31531\/revisions\/31533"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31532"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31531"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31531"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31531"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}