{"id":31496,"date":"2024-10-07T11:12:18","date_gmt":"2024-10-07T03:12:18","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=31496"},"modified":"2024-10-07T11:12:20","modified_gmt":"2024-10-07T03:12:20","slug":"12-usahawan-terima-anugerah-kecemerlangan-sempena-sambutan-ulang-tahun-ke-28-pcci","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/10\/07\/12-usahawan-terima-anugerah-kecemerlangan-sempena-sambutan-ulang-tahun-ke-28-pcci\/","title":{"rendered":"12 usahawan terima anugerah kecemerlangan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-28 PCCI"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Seramai 12 usahawan menerima anugerah kecemerlangan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-28 Penampang Chinese Chamber of Commerce &amp; Industry (PCCI), di Magelan Sutera, di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penerima anugerah itu ialah Garden Bakery, Paumin Hardware Sdn.Bhd, CKS Retail Sdn.Bhd, Percetakan Keningau Sdn.Bhd, Twinine Sdn.Bhd, Krisventure Sdn.Bhd, Antah Juta Sdn Bhd, Shu Ren Learning Centre Sdn.Bhd, Deevin Development Sdn.Bhd, Platinum Hotel, Bina PYK (Sabah) Sdn.Bhd dan Thousand Sunny Logistics Sdn.Bhd.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berharap, kecemerlangan usahawan-usahawan itu akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada ahli-ahli usahawan PCCI dan usahawan-usahawan lain untuk terus berjaya dalam perusahaan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sumbangan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2023 sebanyak 39.1 peratus atau RM613.1 bilion, lebih baik berbanding tahun sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari segi guna tenaga pula, daripada 7.59 juta pada tahun 2002 meningkat kepada 7.86 juta pekerja pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 263,000 pekerja berbanding tahun 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNilai eksport berkembang sebanyak 4.5 peratus yang menjadikan sumbangnan eksport PMKS sebanyak 12.2 peratus atau RM152.2 bilion pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu Ewon mahu dewan-dewan perniagaan di Sabah termasuk dewan perniagaan bumiputera terus memainkan peranan untuk sama-sama meningkatkan prestasi PMKS negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya yakin prestasi pada tahun ini juga boleh mencapai kecemerlangan yang sama apabila kita umumkan pada tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu kementerian saya telah memberikan fokus tambahan kepada pembangunan PMKS di Sabah dan Sarawak termasuk pembangunan gerakan koperasi di Wilayah Malaysia Timur,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, di bawah kementeriannya terdapat tujuh agensi pembiayaan iaitu Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Pernas, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDaripada tujuh agensi pembiayaan ini, kita telah menyalurksn sebanyak RM953.9 juta pembiayaan kepada seramai 53,044 usahawan PMKS dan koperasi di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan perbandingan mengikut negeri, Sabah pada tahun lepas adalah ketiga tertinggi mendapat pembiayaan terbesar daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi .<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni selaras dengan wawasan saya di kementerian untuk memberikan fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu katanya, kementeriannya juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bersesuaian dengan keperluan di Sabah dan Sarawak antaranya Program Inisiatif Keusahawanan Veteran Pembiayaan (I-VIP) khusus untu golongan pesara dan veteran yang dilaksanakan oleh Pernas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKementerian saya juga sedang berbincang dengan Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) bagaimana untuk menjadikan SESB sebagai antara syarikat anchor supaya pembekal-pembekal, vendor-vendor atau kontraktor di bawah SESB mempunyai akses kepada geran pembangunan vendor kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKementerian kita menyediakann geran sehinga RM1 juta kepada mana-mana vendor yang mendapt kontrak daripada syarikat anchor kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini, kita mempunyai 37 syarikat besar multinasional yang telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan kementerian. Kita berharap SESB bersetuju dengan tawaran kita supaya dapat membantu vendor tempatan Sabah yang terlibat dengan projek SESB untuk mendapatkan fasiliti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai pembangunan di Penampang, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kementeriannya telah membuka semula Pejabat Cawangan Tekun Nasional di daerah itu dan dalam masa terdekat Pejabat SME Corp akan dipindahkan ke Penampang untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti PMKS di daerah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya lagi, pada tahun ini, di bawah kerajaan Madani, sebanyak RM44 bilion telah diperuntukkan kepada komuniti PMKS berbanding RM40 bilion pada tahun 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya amat yakin dalam Belanjawan yang akan dibentangkan pada minggu hadapan, komuniti PMKS akan terus menjadi fokus besar kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan meneliti cabaran dan situasi yang ada pada hari ini, saya amat yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan terus memberikan perhatian yang besar kepada komuniti PMKS melalui penyaluran dana peruntukan dan skim jaminan pembiayaan yang lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi peringkat kementerian, kita telah menubuhkan sakrateriat Majlis Pembangunan Usahawan Kebangsaann untuk memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan PMKS supaya setiap kementerian dapat melapor pelaksanaanya kepad kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBegitu juga dengan Sabah, kita telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahwanan diantara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi memudahkan kerjasama dan penyaluran pembiayaan yang diperlukan oleh komuniti PMKS di Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seramai 12 usahawan menerima anugerah kecemerlangan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-28 Penampang Chinese Chamber of Commerce &amp; Industry (PCCI), di Magelan Sutera, di sini, malam tadi. Penerima anugerah itu ialah Garden Bakery, Paumin Hardware Sdn.Bhd, CKS Retail Sdn.Bhd, Percetakan Keningau Sdn.Bhd, Twinine Sdn.Bhd, Krisventure Sdn.Bhd, Antah Juta Sdn Bhd, Shu Ren Learning Centre [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":31497,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-31496","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31496","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31496"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31496\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31498,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31496\/revisions\/31498"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31496"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31496"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31496"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}