{"id":31132,"date":"2024-09-23T07:25:48","date_gmt":"2024-09-22T23:25:48","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=31132"},"modified":"2024-09-23T07:25:50","modified_gmt":"2024-09-22T23:25:50","slug":"pembukaan-pejabat-baharu-tekun-nasional-dan-pernas-pacu-pembangunan-keusahawanan-di-sabah-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/09\/23\/pembukaan-pejabat-baharu-tekun-nasional-dan-pernas-pacu-pembangunan-keusahawanan-di-sabah-ewon\/","title":{"rendered":"Pembukaan pejabat baharu TEKUN Nasional dan PERNAS pacu pembangunan keusahawanan di Sabah: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Pembukaan pejabat baharu TEKUN Nasional dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) cawangan Sabah dapat memacu pembangunan keusahawanan di Sabah, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kedua-dua pejabat itu terletak di lokasi strategik bangunan perniagaan yang turut menempatkan agensi-agensi kerajaan, syarikat korporat dan jenama-jenama F&amp;B terkemuka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap dengan pembukaan kedua-dua pejabat baharu agensi KUSKOP ini akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan baharu dan membangunkan usahawan-usahawan sedia ada di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika ini Tekun telah membantu sekitar 64,000 usahawan di Sabah dan PERNAS memberikan pembiayaan kepada 69 usahawan francais di negeri ini setakat ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat TEKUN Nasional dan PERNAS, di Aeropod Commercial Square, di sini, pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP Dato&#8217; Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi PERNAS, Datuk Hazimah Zainuddin; Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengarah Urusan. &amp; Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Dato&#8217; Adam Abd Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah dan Ahli-Ahli Lembaga PERNAS dan TEKUN Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berharap, penaiktarafan pejabat TEKUN Negeri Sabah dan Pejabat TEKUN Cawangan Kota Kinabalu akan memudahkan semua usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBegitu juga dengan pejabat baharu PERNAS yang bertujuan untuk memberi nafas baharu kepada suasana dan persekitaran Pejabat PERNAS dengan mengetengahkan konsep jenama PERNAS selaku Peneraju Francais Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan penempatan lokasi baharu ini dapat memudahcara usahawan-usahawan di negeri Sabah untuk berhubung dengan pegawai-pegawai PERNAS dan TEKUN Nasional sekali gus menggalakkan lebih ramai orang untuk meneroka bidang perniagaan francais,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pembukaan pejabat baharu TEKUN Nasional dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) cawangan Sabah dapat memacu pembangunan keusahawanan di Sabah, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. Beliau berkata, kedua-dua pejabat itu terletak di lokasi strategik bangunan perniagaan yang turut menempatkan agensi-agensi kerajaan, syarikat korporat dan jenama-jenama F&amp;B terkemuka. \u201cSaya berharap dengan pembukaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":31133,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-31132","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31132","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31132"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31132\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31134,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31132\/revisions\/31134"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31133"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31132"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31132"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31132"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}