{"id":3097,"date":"2021-04-08T11:05:38","date_gmt":"2021-04-08T03:05:38","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3097"},"modified":"2021-04-08T11:05:38","modified_gmt":"2021-04-08T03:05:38","slug":"jawatankuasa-ditubuh-untuk-kaji-hal-kewangan-berkaitan-sabah-sarawak-ongkili","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/04\/08\/jawatankuasa-ditubuh-untuk-kaji-hal-kewangan-berkaitan-sabah-sarawak-ongkili\/","title":{"rendered":"Jawatankuasa ditubuh untuk kaji hal kewangan berkaitan Sabah, Sarawak &#8211; Ongkili"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Bersama\u00a0bagi\u00a0mengkaji peruntukan undang-undang berkenaan hal-hal kewangan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<br \/>\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk meneliti pengiraan dan pembayaran geran tahunan dan geran lain seperti yang termaktub di bawah MA63 termasuk pembayaran sebelumnya.<br \/>\nBeliau berkata mengkaji semula geran khas termasuk bayaran balik\u00a040 peratus hasil kepada Sabah seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 112 (D) Perlembagaan Persekutuan, juga akan menjadi tumpuan jawatankuasa itu.<br \/>\nJawatankuasa ini turut diamanahkan untuk mencari\u00a0penyelesaian kepada\u00a0pembayaran geran tahunan yang diminta oleh Sabah dan Sarawak sebagaimana yang ditetapkan di bawah Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).<br \/>\n\u201cSaya telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Menteri Kewangan\u00a0Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai hal itu dan kami bersetuju dengan terma rujukan (TOR) (jawatankuasa itu) termasuk senarai ahli,\u201d katanya dalam kenyataan di sini.<br \/>\nSelain daripada itu, beliau berkata jawatankuasa berkenaan juga ditugaskan untuk mewujudkan formula pembayaran seimbang, adil dan saksama yang sesuai dengan status dan sumber kewangan negara.<\/p>\n<p>Ongkili berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa itu bagi pihak MKMA63 dan mengemukakan resolusi untuk keputusan kepada majlis.<br \/>\nBeliau berkata dalam jawatankuasa itu, Menteri Kewangan II Datuk Masidi Manjun akan mengetuai pasukan Sabah yang turut dianggotai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong, Peguam Besar Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Rusdin Riman.<br \/>\nPasukan Sarawak pula akan diketuai oleh Timbalan Ketua Menterinya\u00a0Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid dan Setiausaha Kewangan Sarawak\u00a0Datuk Amar Ahmad Tarmizi Sulaiman sebagai ahli.<br \/>\nKementerian Kewangan diketuai oleh Tengku Zafrul, yang turut merangkumi beberapa pegawai atasan kementerian itu.<br \/>\n\u201cJawatankuasa itu juga dijangka mengadakan pertemuan segera selepas mesyuarat MKMA63 pada 13 April yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri\u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin,\u201d kata Ongkili.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Bersama\u00a0bagi\u00a0mengkaji peruntukan undang-undang berkenaan hal-hal kewangan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk meneliti pengiraan dan pembayaran geran tahunan dan geran lain [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3098,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3097","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3097"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3099,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3097\/revisions\/3099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}