{"id":3094,"date":"2021-04-08T11:03:57","date_gmt":"2021-04-08T03:03:57","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=3094"},"modified":"2021-04-08T11:03:57","modified_gmt":"2021-04-08T03:03:57","slug":"saya-tak-pernah-sokong-pemberian-kontrak-ums-kepada-asli-jati-engineering-tun-zaki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/04\/08\/saya-tak-pernah-sokong-pemberian-kontrak-ums-kepada-asli-jati-engineering-tun-zaki\/","title":{"rendered":"Saya tak pernah sokong pemberian kontrak UMS kepada Asli Jati Engineering &#8211; Tun Zaki"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi memaklumkan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak pernah menyokong pemberian\u00a0kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&#038;E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd.<br \/>\nZaki, 76, yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah di UMS bermula 3 April 2013 hingga 31 Julai 2018, turut mengesahkan bahawa kontrak syarikat itu bagi kerja penyelenggaraan sistem tersebut yang tamat pada 25 Feb 2015, tidak disambung semula oleh pihak UMS.<br \/>\nSaksi pendakwaan keenam itu berkata keputusan untuk tidak menyambung kontrak tersebut dibuat oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dalam mesyuarat pada 16 Jan 2014 yang dipengerusikan beliau sendiri dengan kehadiran Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Mohamad Harun Abdullah serta ahli lembaga lain.<br \/>\nLembaga Pengarah telah menerima satu laporan daripada Jawatankuasa Audit UMS yang menyatakan syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd telah membuat tuntutan untuk penyelenggaraan 557 unit gegelung kipas\u00a0(FCU) sedangkan hanya terdapat 55 unit penyaman udara sahaja di UMS,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksi\u00a0semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Francine Cheryl Rajendran pada hari ketiga perbicaraan kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem itu.<br \/>\nPeter adalah Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering.<br \/>\nBagaimanapun, Zaki berkata sekitar Ogos 2014, Mohamad Harun telah berjumpa dengannya dan memaklumkan terdapat tiga surat sokongan berhubung kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan bagi sistem M&#038;E di bangunan Fasa 2B, bangunan dan infra di Kampus Induk (FPL\/Pusat Rawatan Warga Luar Sikuati, Kudat) serta bangunan lain UMS.<br \/>\n\u201cDatuk Harun berkata antara kandungan surat tersebut adalah berkaitan pihak UMS yang dikatakan telah menyokong pelaksanaan kontrak kerja berkenaan diberikan kepada syarikat Jati Asli.<br \/>\n\u201cPerkara ini adalah bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah tersebut dan Datuk Harun telah mengingatkan saya bahawa Lembaga Pengarah telah memutuskan kontrak untuk kerja penyelenggaraan M&#038;E hendaklah dibuat secara tender terbuka,\u201d katanya.<br \/>\nBeliau berkata selepas itu, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Seri Zaini Ujang yang kemudian mengatur pertemuannya dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen.<br \/>\n\u00a0\u201cSaya telah memaklumkan secara ringkas mengenai kandungan surat-surat tersebut kepada YAB Perdana Menteri dan beliau telah bersetuju agar kontrak kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem M&#038;E di UMS dibuat secara tender terbuka.<br \/>\n\u201cPada Januari 2015, saya sekali lagi berjumpa dengan Datuk Seri Najib dalam satu program di Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak dan beliau turut bersetuju agar kontrak M&#038;E bagi fasa 2A juga dibuat secara tender terbuka,\u201d katanya.<br \/>\nPeter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat ia digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.<br \/>\nBeliau turut berdepan pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu di tempat dan pada masa sama.\u00a0<br \/>\nPeter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\u00a0<br \/>\nPerbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi memaklumkan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak pernah menyokong pemberian\u00a0kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&#038;E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd. Zaki, 76, yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah di UMS bermula 3 April 2013 hingga 31 Julai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3095,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-3094","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3094","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3094"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3096,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3094\/revisions\/3096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}