{"id":30596,"date":"2024-08-30T07:15:18","date_gmt":"2024-08-29T23:15:18","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30596"},"modified":"2024-08-30T07:15:19","modified_gmt":"2024-08-29T23:15:19","slug":"penantian-61-tahun-pemilikan-tanah-kg-togudon-selesai-penduduk-rakam-penghargaan-kepada-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/30\/penantian-61-tahun-pemilikan-tanah-kg-togudon-selesai-penduduk-rakam-penghargaan-kepada-ewon\/","title":{"rendered":"Penantian 61 tahun pemilikan tanah Kg. Togudon selesai, penduduk rakam penghargaan kepada Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Penantian penduduk Kampung Togudon, di sini, selama 61 tahun untuk memiliki geran tanah kini berakhir dengan pelancaran penyukatan tanah Program PANTAS di kampung itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk kampung turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick atas usaha beliau merealisasikan impian mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Togudon Lidan Galasun merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sabah terutamanya Datuk Ewon atas pelaksanaan penyukatan tanah di kampung itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah bertahun-tahun kami tunggu, pemimpin kampung dan kerajaan negeri silih berganti tetapi permohonan kami tidak pernah berjaya. Tetapi Datuk Ewon berjaya menyelesaikannya dalam tempoh tidak sampai lima tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya geran tanah itu nanti akan memudahkan kami mendapatkan pelbagai bantuan daripada kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mantan Ketua Kampung Kg.Togudon Gukim Gosuit berkata, permohonan penyukatan tanah di kampung itu telah dikemukakan sejak bertahun-tahun lamanya namun tidak berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) tahun 2022, antara isu utama yang kami kemukakan untuk diselesaikan oleh wakil rakyat yang kami pilih ialah pemilikan tanah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSyukur kepada Tuhan, terima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon kerana usaha beliau, akhirnya penyukatan tanah di kampung kami dilaksanakan melalui Program PANTAS. inilah yang kami tunggu-tunggu selama ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi penduduk Kampung Tagudon, Rita Manuel turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon atas kesungguhan beliau membantu penduduk kampung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa perbincangan mengenai penyukatan tanah di kampung kami, saya masih ragu-ragu kerana saya tidak mahu diberikan harapan palsu. Tetapi hari ini selepas pelancaran penyukatan tanah, telah memberikan kepercayaan dan keyakinan serta harapan besar kepada kami.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami telah menunggu penyukatan dan geran tanah sejak dahulu lagi dan hari ini satu sejarah kepada penduduk kampung yang bakal menerima geran tanah masing-masing tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih atas komitmen Datuk Ewon dan kerajaan negeri yang amat prihatin terhadap masalah dan keperluan penduduk kampung,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk kampung, Julianus Thomas berkata, kata-kata semangat Datuk Ewon semasa melawat kampung itu 20 tahun yang lalu kini menjadi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c20 tahun yang lalu, beliau (Ewon) datang ke kampung kami ketika itu beliau ketua komulakan bersama penduduk Kg.Togudon dan antara kata-katanya ketika itu pada kami \u201csemangat kou noh koti\u201d manganu ti tanah (Berusahalah kamu mendapatkan geran tanah). Pada hari ini, apa yang dikatakan oleh beliau itu kini menjadi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya amat gembira kerana kata-katanya itu menjadi satu berkat kepada penduduk kampung pada hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Penantian penduduk Kampung Togudon, di sini, selama 61 tahun untuk memiliki geran tanah kini berakhir dengan pelancaran penyukatan tanah Program PANTAS di kampung itu. Penduduk kampung turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick atas usaha beliau merealisasikan impian mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30597,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30596","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30598,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30596\/revisions\/30598"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30597"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}