{"id":30359,"date":"2024-08-17T20:36:43","date_gmt":"2024-08-17T12:36:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30359"},"modified":"2024-08-17T20:36:45","modified_gmt":"2024-08-17T12:36:45","slug":"ewon-pastikan-warga-kuskop-dan-agensi-jayakan-amanat-perdana-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/17\/ewon-pastikan-warga-kuskop-dan-agensi-jayakan-amanat-perdana-menteri\/","title":{"rendered":"Ewon pastikan warga KUSKOP dan agensi jayakan amanat Perdana Menteri"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan memastikan warga kementeriannya dan agensi-agensi di bawah kementerian itu dapat menjayakan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambil mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri mengenai pelarasan gaji penjawat awam, Ewon berkata, pengumuman itu pastinya akan meningkatkan lagi tahap kecekapan jentera perkhidmatan awam khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita di KUSKOP terus memastikan amanat Perdana Menteri itu dapat dijayakan dan sama-sama menjayakan reformasi perkhidmatan awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan pertimbangan besar kepada penjawat awam di seluruh negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelancaran SME Bank XCESS 2024, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yakin, pelarasan gaji kepada penjawat awam di seluruh negara pastinya akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam yang lebih baik selepas ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata demikian bagi mengulas Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 oleh Perdana Menteri, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam amanat itu, kerajaan bersetuju melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional secara berfasa bermula 1 Disember 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji akan diberikan sebanyak 7 peratus yang akan dilaksanakan secara berfasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar dipetik sebagai berkata, pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelarasan gaji bagi fasa 1 adalah 8 peratus dan fasa 2 pula 7 peratus dengan keseluruhan 15 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bagi Kumpulan Pegawai Pengurusan Tertinggi fasa 1 sebanyak 4 peratus dan fasa 2 pula sebanyak 3 peratus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan memastikan warga kementeriannya dan agensi-agensi di bawah kementerian itu dapat menjayakan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri mengenai pelarasan gaji penjawat awam, Ewon berkata, pengumuman itu pastinya akan meningkatkan lagi tahap kecekapan jentera perkhidmatan awam khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30360,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30359","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30361,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30359\/revisions\/30361"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}