{"id":30243,"date":"2024-08-08T17:09:14","date_gmt":"2024-08-08T09:09:14","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30243"},"modified":"2024-08-08T17:09:16","modified_gmt":"2024-08-08T09:09:16","slug":"orang-asal-perlu-perkasakan-penyertaan-dalam-gerakan-keusahawanan-dan-koperasi-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/08\/orang-asal-perlu-perkasakan-penyertaan-dalam-gerakan-keusahawanan-dan-koperasi-ewon\/","title":{"rendered":"Orang Asal perlu perkasakan penyertaan dalam gerakan keusahawanan dan koperasi &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA BELUD: Orang Asal perlu memperkasakan penyertaan masyarakat itu dalam gerakan keusahawanan dan koperasi agar turut sama menyumbang kepada ekonomi negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus mendukung aspirasi Orang Asal untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada kementerian ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu saya bermula dengan meletakkan pimpinan mewakili Orang Asal di kebanyakan agensi di bawah KUSKOP antaranya SME Corp, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), UDA Holdings, Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSumbangan awal saya ini untuk memastikan agensi-agensi kementerian dapat memberi makna kepada peranan masyarakat Orang Asal Sabah terhadap pembangunan negara kita sesuai dengan tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2024 \u201cMemupuk Perpaduan, Keusahawanan dan Koperasi Orang Asal\u201d,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Orang Asal Sedunia, di Dewan Kadamaian Square, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, beliau telah memperkenalkan pelbagai skim khusus untuk membangunkan keusahawanan dan koperasi orang asal Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah memperkenalkan geran khusus untuk usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak tahun lepas iaitu Program BEEP Plus yang dilaksanakan oleh SME Corp dan sambutan amat memberangsangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi membantu para peniaga di tamu-tamu, saya juga telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) khusus untuk Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan oleh Tekun Nasional dan dilancarkan di Dewan Kadamaian Square pada tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu buat julung kalinya KUSKOP melaksanakan Program Tamu Desa iaitu pembiayaan untuk menaik taraf dan membina baharu premis-premis Tamu Desa di kampung-kampung, pekan-pekan dan luar kawasan perkadaran Sabah dan Sarawak untuk masyarakat Orang Asal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni sumbanan saya sebagai pemimpin Orang Asal dalam kerajaan dan kementerian seterusnya mengembalikan tanggungjawab itu kepada Orang Asal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, selain menyatupadukan rumpuan Orang Asal supaya tidak selamanya dikenali bangsa \u2018lain-lain\u2019 dalam borang-borang rasmi kerajaan, pembangunan keusahawanan dan koperasi juga perlu diberi keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih atas usaha merumpunkan Orang Asal dalam satu istilah \u2018Momogun\u2019. Kita bukan mencipta bangsa baharu tetapi kita menggalakkan perpaduan masyarakat Orang Asal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIdentiti berasaskan inti sikap, budaya orang asal yang terus bekerja keras, berintegriti dan digeruni, budaya mencetuskan kejayaan dalam pelbagai bidang. Negara ini adalah milik kita dan harus ada sumbangan besar kepada negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSumbangan itu bermula daripada nilai sikap masyarakat kita, kerjasama dan kesatuan kita. Walaupun berbeza pendirian politik namun dalam soal membangun masa depan dan mempertahankan hak dan tuntutan kita, kita harus bersatu hati,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Orang Asal perlu memperkasakan penyertaan masyarakat itu dalam gerakan keusahawanan dan koperasi agar turut sama menyumbang kepada ekonomi negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. Beliau berkata, Kerajaan Madani melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus mendukung aspirasi Orang Asal untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada kementerian ini. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30244,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30243","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30243","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30243"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30243\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30245,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30243\/revisions\/30245"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30244"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30243"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30243"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30243"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}