{"id":30237,"date":"2024-08-08T12:32:26","date_gmt":"2024-08-08T04:32:26","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30237"},"modified":"2024-08-08T12:32:27","modified_gmt":"2024-08-08T04:32:27","slug":"kenyataan-media-warisan-menawarkan-sokongan-kepada-grs-menubuhkan-jawatankuasa-khas-ma63-tidak-tepat-azhar-matussin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/08\/kenyataan-media-warisan-menawarkan-sokongan-kepada-grs-menubuhkan-jawatankuasa-khas-ma63-tidak-tepat-azhar-matussin\/","title":{"rendered":"Kenyataan media \u2018Warisan menawarkan sokongan kepada (GRS) menubuhkan jawatankuasa khas MA63 tidak tepat &#8211; Azhar Matussin"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU : Bendahari Parti Warisan (WARISAN), Azhar Matussin merujuk kepada berita diterbitkan di akhbar tempatan 5 Ogos lalu memaparkan \u2018Warisan menawarkan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menubuhkan jawatankuasa khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah tidak tepat sekali gus perlu diperbetulkan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia sekali lagi diterbitkan serta mengelirukan pembaca pada 7 Ogos lalu diberita tempatan iaitu merujuk kepada artikal \u2018Warisan Conditions For Backing GRS.\u2019<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTajuk ini serta kandungan artikel ini malangnya memberi gambaran salah terhadap pendirian parti Warisan sekiranya Rang Undang-Undang berkenaan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti umum sedia maklum, Parti Warisan tidak berbelah bahagi menyatakan sokongannya terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Tetap Parlimen mengenai tuntutan 40 peratus hak perlembagaan serta perkara dalam MA63 yang lain,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Azhar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau berkata, sokongan WARISAN berlandaskan komitmen mereka untuk menggalakkan ketelusan serta mencegah sebarang kelewatan dalam pelaksanaan hak-hak penting untuk kesejahteraan rakyat Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam kenyataan saya pada 5 Ogos lalu, saya jelas menyatakan Warisan bersedia untuk menyokong cadangan itu jika GRS membentangkannya untuk dibahaskan serta diluluskan pada sidang DUN akan datang. Bukannya menyokong GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendirian ini diambil dengan mengambil kira kepentingan terbaik rakyat Sabah serta tidak tertakluk kepada sebarang ketetapan, bertentangan dengan implikasi seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan,\u201d jelas Azhar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, tambahan pula WARISAN mesti menekankan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah perkara yang sangat penting sekali gus perlu diteruskan tanpa sebarang rundingan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepentingan sejarah serta Undang-Undang dalam MA63 adalah jelas, serta pelaksanaan perlu dilaksanakan segera berikutan ia sudah lama tertangguh sejak sekian lama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebarang kelewatan hanya memyebabkan wujud ketidakadilan yang dihadapi oleh kedua-dua rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak,\u201d kata Azhar.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, sokongan WARISAN terhadap penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Tetap Parlimen adalah langkah penting ke arah memastikan janji-janji yang termaktub dalam MA63 direalisasikan tanpa sebarang halangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami memohon agar siaran berita itu disunting semula untuk menggambarkan dengan tepat serta jelas mengenai pendirian sebenarnya Parti Warisan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang ramai mesti menerima pemahaman yang jelas dan benar tentang niat WARISAN serta komitmen berterusan kami yang tidak berbelah bahagi untuk kesejahteraan Sabah,\u201d<br>tambah Azhar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yakin melalui kenyataan akhbar ini WARISAN berhasrat untuk memastikan pendirian mereka difahami secara lebih tepat sekali gus mengukuhkan dedikasi untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah dengan ketelusan serta berintegriti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Bendahari Parti Warisan (WARISAN), Azhar Matussin merujuk kepada berita diterbitkan di akhbar tempatan 5 Ogos lalu memaparkan \u2018Warisan menawarkan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menubuhkan jawatankuasa khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah tidak tepat sekali gus perlu diperbetulkan segera. Katanya, ia sekali lagi diterbitkan serta mengelirukan pembaca pada 7 Ogos [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30238,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30237","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30237","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30237"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30237\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30239,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30237\/revisions\/30239"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30237"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30237"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30237"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}