{"id":30188,"date":"2024-08-06T07:01:51","date_gmt":"2024-08-05T23:01:51","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30188"},"modified":"2024-08-06T07:01:53","modified_gmt":"2024-08-05T23:01:53","slug":"prn17-pbs-akan-kerjasama-dengan-semua-komponen-grs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/06\/prn17-pbs-akan-kerjasama-dengan-semua-komponen-grs\/","title":{"rendered":"PRN17: PBS akan kerjasama dengan semua komponen GRS"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>BEAUFORT: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bekerjasama dengan semua komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).<\/p>\n\n\n\n<p>Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, PBS akan berjuang dalam GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPBS akan tetap bersama-sama dalam GRS yang dipimpin oleh Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya percaya ini adalah masa untuk kita meningkatkan usaha kita dan kalau dapat kita perlu memenangkan GRS di semua kawasan kita bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPBS akan pegang janji, we are with GRS,\u201d tegasnya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 bagi lima Bahagian Pedalaman Bawah &#8211; N.30 Bongawan, N.31 Membakut, N.32 Klias, N.34 Lumadan dan N.35 Sindumin, di Dewan Pa\u2019 Musa, di sini, pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menafikan dakwaan video tular yang sengaja dibuat dan disebarkan oleh pihak pembangkang di media sosial yang mengatakan PBS-STAR akan bertanding solo pada PRN akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II turut menyeru semua ketua bahagian termasuk yang bukan wakil rakyat bekerja keras untuk meningkatkan kekuatan parti di bahagian masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mahu semua ahli parti terus bekerja untuk memastikan hak-hak rakyat Sabah terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengakui bukan senang menuntut hak-hak ini walaupun terkandung dalam Perlembagaan, beliau mengingatkan semua ahli PBS untuk meneruskan perjuangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai lebih 800 ahli PBS hadir pada mesyuarat itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada kelima-lima bahagian PBS dan semua cawangan mereka kerana berjaya mengadakan AGM peringkat bahagian.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Naib Presiden PBS, Datuk Haji Ruslan Muharam yang juga Ketua Bahagian N.34 Lumadan turut mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Dr. Joachim dalam mesyuarat pada kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Timbalan Presiden PBS, Datuk Jahid Jahim; Naib-naib Presiden, Datuk Johnny Mositun, Datuk Arthur Sen; Ketua- ketua Bahagian, Jitim Abak, Egol Onsim, Hamim Gunsim dan Angian Alai; Ketua Wanita, Datin Malianah Ugau; Setiausaha Kerja PBS, Mesilus Roman, Ketua Pemuda, Dr. Christoper Mandut; Pengerusi Penganjur merangkap Timbalan Ketua, Dioslin Alin; Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Exco Wanita, Exco Pemuda serta pemerhati\/ Ketua Bahagian komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BEAUFORT: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bekerjasama dengan semua komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, PBS akan berjuang dalam GRS. \u201cPBS akan tetap bersama-sama dalam GRS yang dipimpin oleh Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri. &#8220;Saya percaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30189,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30188","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30188","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30188"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30188\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30190,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30188\/revisions\/30190"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30189"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30188"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30188"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30188"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}