{"id":30178,"date":"2024-08-05T08:43:52","date_gmt":"2024-08-05T00:43:52","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30178"},"modified":"2024-08-05T08:43:54","modified_gmt":"2024-08-05T00:43:54","slug":"agensi-kerajaan-glc-diseru-bekerjasama-sokong-visi-ekonomi-digital-kerajaan-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/05\/agensi-kerajaan-glc-diseru-bekerjasama-sokong-visi-ekonomi-digital-kerajaan-sabah\/","title":{"rendered":"Agensi kerajaan, GLC diseru bekerjasama sokong visi ekonomi digital kerajaan Sabah"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diseru agar turut serta dan bekerjasama menyokong kerajaan negeri Sabah mencapai objektif dan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui visi ekonomi digital untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, seiring dengan perkongsian strategik ini adalah penting bagi ekonomi digital dan Teknologi Telekomunikasi di negeri Sabah yang mana perlu memberi tumpuan membawa masuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terkini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengetahuan syarikat mahupun agensi kerajaan yang terlibat amat diperlukan bagi menyokong inisiatif lain seperti bandar pintar, hubungan pintar luar bandar, kampus pintar, pertanian pintar, pendidikan pintar dan bangunan pintar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mengharapkan agar inisiatif ini mampu menarik minat pihak pelabur dalam industri Digital dan Teknikal agar turut serta menjadi sebahagian daripada usaha menyokong transformasi ekonomi dan Pendidikan digital di negeri Sabah,\u201d katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Penutupan: Sabah Education Tech (SET) 2024 Sempena Karnival Pendidikan Aspirasi, Komunikasi Dan Digital Belia Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) itu telah berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Ogos 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Kira-kira 88 gerai pameran dari pelbagai agensi dan jabatan serta sekolah-sekolah di negeri ini menyertai program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Arifin berkata, beliau gembira SET 2024 yang julung kali diadakan di sini telah membawa program-program pentingnya mempelajari teknologi digital masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya turut gembira kerana SET 2024 sudi membawa program-program yang mengajar kita tentang kepentingannya untuk mempelajari dan mengambil tahu akan teknologi digital pada masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahniah kepada pihak penganjur Sabah Education Technology atau SET 2024 yang diketuai Munirah Ruslan bersama pasukannya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau lagi, baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ada menyatakan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan KPM menerusi JPN dalam merealisasikan agenda kerajaan ke arah memperkasa, meningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikan di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama ini amat penting kerana kecemerlangan pendidikan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsaha itu termasuklah menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan di negeri ini, seiring dengan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran, cemerlang dan mampu bersaing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua pihak yang berkaitan termasuk warga Jabatan Pendidikan, pendidik dan ibu bapa perlu berganding bahu serta bekerjasama demi kejayaan dan masa depan anak-anak kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dalam tahun ini 2024, kerajaan telah menyediakan memperuntukkan sebanyak RM474.55 juta untuk pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan negeri juga telah melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah yang menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri ini melalui satu portal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah inisiatif baharu Ketua Menteri Sabah di bawah Hala Tuju SMJ dalam memperkasa bantuan kepada anak-anak Sabah terutama yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi melalui gabungan kerjasama badan-badan penaja utama dan pemberi bantuan pendidikan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Pengarah Program SET 2024, Munirah Ruslan dan Penasihat SET 2024, Datuk Surinam Sadikun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diseru agar turut serta dan bekerjasama menyokong kerajaan negeri Sabah mencapai objektif dan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui visi ekonomi digital untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2030. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30178","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30178","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30178"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30178\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30180,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30178\/revisions\/30180"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30178"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30178"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30178"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}