{"id":30145,"date":"2024-08-03T22:24:08","date_gmt":"2024-08-03T14:24:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30145"},"modified":"2024-08-03T22:24:10","modified_gmt":"2024-08-03T14:24:10","slug":"usahawan-wanita-digesa-rebut-peluang-pelbagai-inisiatif-kuskop","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/03\/usahawan-wanita-digesa-rebut-peluang-pelbagai-inisiatif-kuskop\/","title":{"rendered":"Usahawan wanita digesa rebut peluang pelbagai inisiatif KUSKOP"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Usahawan wanita khususnya di Sabah digesa agar merebut peluang daripada pelbagai inisiatif yang disediakan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyediakan pembiayaan khusus untuk usahawan wanita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntaranya, Skim Pembiayaan Ikhtiar oleh AIM, Skim Pembiayaan TEKUN-Wanita (TekunNita), Program Pemerkasaan Usahawan Wanita di bawah INSKEN, Skim pembiayaan BRPlus-iBizLady dan Program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET) oleh Pernas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeranan dan sumbangan usahawan wanita dalam pembangunan ekonomi negara amat penting. Atas sebab itu, kerajaan menyediakan pembiayaan khusus untuk usahawan wanita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan<br>Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Sabah (USHWANE), di Hotel D\u2019Arc, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon mahu ahli-ahli persatuan itu mencipta kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan usahawan kerana mahu melihat lebih ramai ahli-ahli persatuan mencapai kejayaan dalam perniagaan masing-masing, seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepaada rakyat Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Pengerusi USHWANE, Rowindy Lawrence merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas sumbangan sebanyak RM50,000 bagi membantu persatuan melaksanakan pelbagai program keusahawanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui sumbangan ini, kami dapat melaksanakan pelbagai program seperti sulaman, kraftangan dan banyak lagi untuk manfaat ahli-ahli persatuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari segi pemasaran pula, kami juga membantu mereka memasarkannya bukan sahaja di Sabah tetapi di Semenanjung Malaysia dengan harapan lebih ramai usahawan wanita luar bandar berjaya dalam perniagaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi ahli persatuan, usahawan dari Kota Marudu, Suzie Salapan berharap lebih ramai usahawan wanita luar bandar menyertai persatuan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPersatuan ini banyak membantu ahli-ahlinya bukan sahaja dari segi pemasaran dan peningkatan kemahiran tetapi juga dari segi sokongan untuk mengembangkan perniagaan agar sama-sama mencipta kejayaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas sokongan berterusan kepada usahawan wanita luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKisah-kisah kejayaan usahawan wanita yang Datuk (Ewon) kongsikan dalam ucapan beliau amat memberikan inspirasi dan motivasi kepada kami untuk terus berusaha dan lebih gigih mengharungi pelbagai cabaran dalam perniagaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ferney Matinin, usahawan dari Kota Belud berkata, pembiayaan khusus untuk wanita yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP amat baik dan berharap usahawan wanita di negeri ini dapat merebut peluang untuk mendapatkan pembiayaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih kepada Datuk Ewon kerana sentiasa memberi dorongan kepada usahawan-usahawan wanita supaya lebih berjaya dalam perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maklumat ini mungkin biasa bagi sesetengah orang tetapi bagi usahawan luar bandar terutamanya yang sering menghadapi masalah talian telekomunikasi, perkongsian seumpama ini amat penting,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Shanim Epin, Pengerusi USHWANE cawangan Kota Belud mengalu-alukan penyertaan usahawan wanita khususnya di kawasan itu supaya menyertai persatuan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui persatuan, ahli-ahli dapat mengikuti kursus kemahiran secara percuma, kami juga membantu usahawan yang inginkan pembiayaan dan juga dari segi pemasaran produk.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu semua usahawan wanita luar bandar mencapai kejayaan dalam perniagaan dan sama-sama menyumbang kepada ekonomi negara. KIta tidak mahu mereka setakat menjadi \u2018jaguh kampung\u2019 tetapi menjadi jaguh negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Usahawan wanita khususnya di Sabah digesa agar merebut peluang daripada pelbagai inisiatif yang disediakan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyediakan pembiayaan khusus untuk usahawan wanita. \u201cAntaranya, Skim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30146,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30145","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30145"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30147,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30145\/revisions\/30147"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30146"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}