{"id":30142,"date":"2024-08-03T22:22:55","date_gmt":"2024-08-03T14:22:55","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30142"},"modified":"2024-08-03T22:22:57","modified_gmt":"2024-08-03T14:22:57","slug":"program-jelajah-saya-digital-perkasa-ekonomi-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/03\/program-jelajah-saya-digital-perkasa-ekonomi-sabah\/","title":{"rendered":"Program Jelajah Saya Digital perkasa ekonomi Sabah"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;KOTA KINABALU: Kempen \u2018Saya Digital\u2019 yang diperkenalkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membantu meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam mendepani era teknologi tinggi yang serba mencabar hari ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, MDEC memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada rakyat di Sabah untuk menghadapi cabaran-cabaran yang timbul akibat gelombang digitalisasi, terutamanya buat peniaga-peniaga kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram seperti bengkel e-Dagang, pemasaran digital, dan sokongan kepada syarikat pemula atau \u2018startup\u2019 telah dianjurkan bagi membantu usahawan memanfaatkan platform digital,\u201d katanya semasa berucap merasmikan Program Jelajah Saya Digital sempena dengan Karnival Pendidikan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri dan MDEC.<\/p>\n\n\n\n<p>Foong yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, pembangunan bakat digital di Sabah dimulakan dari peringkat akar umbi, termasuk program-program di peringkat sekolah dan universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram MyDigitalMaker MDEC, contohnya, memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kemahiran digital yang diperlukan untuk masa depan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, katanya, Digital Agriculture Technology (AgTech) yang beliau pernah lancarkan sebelum ini adalah suatu inisiatif untuk memangkin agenda transformasi dan digitalisasi bagi memperkasakan sektor pertanian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa diterajui oleh MDEC dengan kerjasama pihak pemegang taruh, seperti Kementerian Digital (KD), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Ekonomi dan rakan kongsi ekosistem.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif sistem Malaysia Digital (MD) AgTech ini juga mengandungi elemen teknologi terkini dan berpotensi membuahkan hasil yang menguntungkan, sekali gus mampu menjadi daya penarik bagi golongan belia melibatkan diri dalam sektor pertanian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya difahamkan, sehingga kini, MD AgTech telahpun berjaya melaksanakan lebih 500 sistem MD AgTech dan juga melatih lebih 30,000 usahawan tani dari seluruh negara ke arah memangkin transformasi digital dalam sektor pertanian negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuk lebih 70 pemasangan sistem Digital AgTech di Sabah yang merupakan negeri penerima manfaat inisiatif Digital AgTech terbesar,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, beliau berharap usaha ini dapat diperluaskan kepada pekebun-pekebun kecil bagi komoditi seperti sawit, getah, koko, dan lada supaya mereka turut sama menerima manfaat digitalisasi dalam sektor perladangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh dalam ucapannya turut memaklumkan sejak diperkenalkan, MyDigitalMaker telah memberi impak kepada lebih 2.5 juta pelajar sekolah di seluruh negara melalui penglibatan dalam aktiviti pembuatan digital, seperti Kempen \u2018Hour of Code\u2019, Pertandingan Berasaskan Pembuatan Digital dan #mydigitalmaker Fair.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDaripada jumlah tersebut lebih kurang 80,000 pelajar dari 800 buah sekolah di seluruh Sabah pernah terlibat dalam program mydigitalmaker daripada 1,296 buah sekolah kerajaan di Sabah dan 77 sekolah di Kota Kinabalu secara khususnya. Bagi program Digital Ninja pula, seramai 11 pelajar dari seluruh Sabah telah menyertai dan dilatih sejak tahun 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201d Antara program lain di bawah inisiatif ini adalah #CikguJuaraDigital. di Sabah, seramai 30 orang #CikguJuaraDigital telah kami latih dan guru-guru ini telah melatih 1,434 guru-guru semenjak tahun 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai tambahan, 3,500 pelajar dari 4 buah sekolah di Sabah terlibat di bawah inisiatif \u2018Champions School\u2019, iaitu SK Tinangol, SK Anglo Chinese Kota Kinabalu, SMK Tambunan dan SK Kolombong. Suka untuk saya kongsikan juga, 2 pelajar dan seorang guru dari SK Anglo Chinese Kota Kinabalu akan mewakili Malaysia di ASEAN Cyberkid Camp yang akan diadakan di Hanoi, Vietnam pada 7 hingga 10 Ogos akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Pengerusi Pelaksana Program<br>Sabah Education Technology 2024 (SET), Munirah Ruslan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp;KOTA KINABALU: Kempen \u2018Saya Digital\u2019 yang diperkenalkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membantu meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam mendepani era teknologi tinggi yang serba mencabar hari ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin. Beliau berkata, MDEC memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30143,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30142","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30142","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30142"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30142\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30144,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30142\/revisions\/30144"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30143"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30142"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30142"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30142"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}