{"id":30124,"date":"2024-08-03T06:23:38","date_gmt":"2024-08-02T22:23:38","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30124"},"modified":"2024-08-03T06:23:40","modified_gmt":"2024-08-02T22:23:40","slug":"36-projek-tamu-desa-di-sabah-siap-sepenuhnya-oktober-ini-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/08\/03\/36-projek-tamu-desa-di-sabah-siap-sepenuhnya-oktober-ini-ewon\/","title":{"rendered":"36 projek Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya Oktober ini &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Sebanyak 36 projek bina baharu dan naik taraf premis Tamu Desa di seluruh Sabah sedang dalam proses pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan pelaksanaan fasa pertama projek tersebut melibatkan 16 pejabat daerah dan majlis perbandaran di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) Sabah pada hari ini melibatkan kesemua pejabat daerah dan majlis perbandaran yang terlibat. Saya telah diberi taklimat mengenai prestasi pelaksanaan di setiap daerah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi beberapa daerah, ada yang telah mencapai prestasi pelaksanaan sehingga 60 peratus daripada jadual sasaran pelaksanaan projek ini. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kesemua Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran yang terlibat dan seterusnya memantau pelaksanaan supaya dapat disiapkan mengikut jadual,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) Sabah tersebut di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di sini, pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon turut menyatakan hasrat agar lebih banyak premis Tamu Desa dapat dibina atau dinaiktaraf dalam fasa yang seterusnya dan beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah meminta pejabat-pejabat daerah dan majlis-majlis perbandaran untuk mengemukakan senarai keperluan sebenar mengikut keutamaan bagi pembinaan atau naiktaraf premis tamu-tamu komuniti dan tamu-tamu desa. Ini akan memandu saya dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk merancang butiran belanjawan kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan memasukkan keperluan ini sebagai \u2018wishlist\u2019 Belanjawan 2025 KUSKOP semasa pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan niat agar setiap tahun kita mendapat peruntukan di bawah inisiatif Belanjawan bagi membantu komuniti tamu, penjaja dan peniaga kecil di luar kawasan perkadaran mendapatkan kemudahan premis yang lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut sama dalam mesyuarat penyelarasan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP Dato Haji Zamri Salleh dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP Azizul Alias.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sebanyak 36 projek bina baharu dan naik taraf premis Tamu Desa di seluruh Sabah sedang dalam proses pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan pelaksanaan fasa pertama projek tersebut melibatkan 16 pejabat daerah dan majlis perbandaran di Sabah. \u201cSaya telah mempengerusikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30125,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30124","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30124","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30124"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30124\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30126,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30124\/revisions\/30126"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30124"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30124"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30124"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}