{"id":30006,"date":"2024-07-28T15:52:32","date_gmt":"2024-07-28T07:52:32","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=30006"},"modified":"2024-07-28T15:52:34","modified_gmt":"2024-07-28T07:52:34","slug":"belia-beliawanis-diajak-sertai-pbs-bawa-aspirasi-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/07\/28\/belia-beliawanis-diajak-sertai-pbs-bawa-aspirasi-rakyat\/","title":{"rendered":"Belia-beliawanis diajak sertai PBS bawa aspirasi rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>RANAU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mengajak belia-beliawanis Sabah untuk menyertai parti dalam membawa aspirasi rakyat serta memimpin dalam inovasi dan kemajuan negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita boleh mewujudkan sebuah parti yang bukan sahaja mewakili aspirasi rakyat kita tetapi juga memimpin dalam inovasi dan kemajuan. Penglibatan anda bukan sahaja diingini, malahan ia adalah penting. Biarlah suara kamu didengari dan biarkan tindakan kamu membentuk masa depan Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata, PBS melihat potensi, semangat dan dorongan belia-beliawanis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnda adalah masa depan negeri yang hebat dan tenaga anda adalah apa yang kami perlukan untuk memacu kami ke hadapan. Oleh itu, saya mewakili semua ahli PBS menjemput anda semua untuk menyertai PBS, untuk membawa idea baharu dan semangat dinamik anda ke dalam barisan kami. Marilah bersama-sama,\u201d katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 tahun 2024 ba\u011f\u0131 tiga bahagian &#8211; N.36 Kundasang, N.37 Karanaan dan N.38 Paginatan \u2013 di Dewan Masyarakat Ranau, di sini, kelmarin (27 Julai).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepada ahli PBS yang berdedikasi, sudah tiba masanya untuk bangkit semula dan terus menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mesti menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan parti. Setiap daripada kita mempunyai peranan yang perlu dilaksanakan dan, bersama-sama, kita boleh mencapai kegemilangan PBS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMarilah kita nyalakan semula semangat dan komitmen kita serta bekerja tanpa jemu untuk memperkukuhkan parti kita. Perpaduan dan kerja keras sentiasa menjadi asas kita, dan kita mesti menerapkan nilai-nilai ini.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, PBS sentiasa menjadi mercu tanda perpaduan rakyat Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sejarah lalu adalah bukti keupayaan parti untuk menyatukan masyarakat yang pelbagai di bawah sepanduk yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKini, di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kita berpeluang untuk meluaskan lagi perpaduan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita berusaha untuk menyatukan semua parti tempatan yang berkongsi visi dan matlamat kita. Saya menyeru semua etnik untuk turut serta berjuang di bawah payung GRS melalui PBS dan rakan gabungan yang. Bersama-sama, kita boleh membentuk Sabah yang lebih kukuh dan bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita memerlukan suara yang lebih kuat dalam tadbir urus negeri kita. Untuk mencapai matlamat ini, kita mesti memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang. Ini bukan tugas untuk segelintir orang tetapi ia adalah misi untuk kita semua. Kami memerlukan sokongan anda, dedikasi anda, dan undi anda. Perjalanan di hadapan mungkin mencabar, tetapi dengan perpaduan dan keazaman, kita boleh mengatasi sebarang halangan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau boleh GRS akan menang di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kata Dr. Joachim.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMarilah kita berdiri bersama, berganding bahu dan menjadikan PBS hebat semula demi masa depan Sabah, untuk kemakmuran rakyat kita, dan untuk legasi parti besar kita,\u201d kata Ketua Bahagian PBS Kundasang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, parti yang mereka cintai ini, yang diasaskan atas prinsip perpaduan dan kemajuan, menyeru rakyat Sabah, terutamanya generasi muda, untuk menyertai perjuangan mulia ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada ketiga-tiga bahagian kerana berjaya mengadakan AGM kali ke-39.<\/p>\n\n\n\n<p>PBS bertekad mencari keadilan ba\u011f\u0131 semua rakyat Sabah dan ini adalah satu perjuangan asas PBS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarapan kita dalam PBS ialah supaya pada masa akan datang, kita semua bersatu bersama- sama mengejar kemajuan secara aman dan saksama.<\/p>\n\n\n\n<p>T\u00fcr\u00fct diadakan ialah penyerahan borang keahlian baharu PBS kepada Dr. Joachim daripada lebih 30 buah kampung dengan jumlah 1,741 ahli baharu dan juga serahan sumbangan sejumlah 750 buah kerusi kepada 14 buah kampung yang disampaikan oleh Dr. Joachim.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RANAU: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mengajak belia-beliawanis Sabah untuk menyertai parti dalam membawa aspirasi rakyat serta memimpin dalam inovasi dan kemajuan negeri ini. \u201cKita boleh mewujudkan sebuah parti yang bukan sahaja mewakili aspirasi rakyat kita tetapi juga memimpin dalam inovasi dan kemajuan. Penglibatan anda bukan sahaja diingini, malahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":30007,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-30006","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30006","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30006"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30006\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30008,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30006\/revisions\/30008"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30007"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30006"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30006"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30006"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}