{"id":29721,"date":"2024-07-13T20:29:46","date_gmt":"2024-07-13T12:29:46","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=29721"},"modified":"2024-07-13T20:29:47","modified_gmt":"2024-07-13T12:29:47","slug":"umno-bahagian-beaufort-yakin-tawan-semula-dun-kilas-kuala-penyu-pada-prn-nanti-awang-aslee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/07\/13\/umno-bahagian-beaufort-yakin-tawan-semula-dun-kilas-kuala-penyu-pada-prn-nanti-awang-aslee\/","title":{"rendered":"UMNO Bahagian Beaufort yakin tawan semula DUN Kilas, Kuala Penyu pada PRN nanti &#8211; Awang Aslee"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA PENYU : UMNO Bahagian Beaufort bersiap sedia merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kilas dan Kuala Penyu pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Bahagiannya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, pihaknya akan bekerja keras memastikan kedua-dua DUN terbabit dimenangi UMNO sekali gus bersiap bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sesiapa sahaja calon diletakkan kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPRN kini sudah ada diambang pintu, kita sudah membuktikan pada Pilihan Raya Umum (PRU15), UMNO bertanding di Parlimen Beaufort sekali gus menang meskipun terdapat beberapa sabotaj.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKini kedua-dua DUN ini bukan lagi milik UMNO atau Barisan Nasional (BN) biarpun pada PRN lalu kita berhempas pulas, bekerja keras untuk memastikan kedua-dua calon tersebut menang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Induk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Beaufort di Dewan Dato Syahbandar Makang Kuala Penyu, di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Awang Aslee berkata, ahli UMNO diingatkan agar tidak leka serta sentiasa mengikuti arahan dikeluarkan parti sekali gus berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di peringkat akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerlu diingat, DUN Klias dan Kuala Penyu, dari dulu UMNO Bahagian Beaufort umpama \u2018Bagai Mendukung Biawak Hidup\u2019 ada segelintir mendakwa faktor duit jadi imbuhan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO Beaufort tidak pernah berkira, berhempas pulas membantu kemenangan di DUN Kuala Penyu, bukan kerana faktor duit, tetapi diarahkan mengundi dasar kawan atau sebagai ahli UMNO dan BN,\u201d jelas Awang Aslee.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, UMNO Beaufort yakin mampu menawan semula kedua-dua kerusi ini berdasarkan rekod kerja keras ahli semua peringkat serta kekuatan jentera parti yang berfungsi mengikut arah yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAhli UMNO dingatkan jangan leka dibuai mimpi, jangan khianti amanah dan sentiasa mencari jalan mendekati pengundi di peringkat akar umbi serta jangan cepat berputus asa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk membantu calon UMNO menang dengan majoriti besar dalam PRN kelak mereka perlu sentiasa bekerja keras jangan fikir soal calon yang penting pastikan calon DUN Klias dan Kuala Penyu menang nanti,\u201d kata Awang Aslee.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, beliau menegaskan UMNO Bahagian Beaufort menyokong penuh kepimpinan Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sebagai Ketua UMNO Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO Sabah tidak berpecah, sentiasa kukuh, dengan setia kepada perpaduan parti\u2026Tidak benar UMNO Sabah bergolak seperti didakwa oleh individu yang tidak bertanggungjawab,\u201d tambah Awang Aslee.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA PENYU : UMNO Bahagian Beaufort bersiap sedia merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kilas dan Kuala Penyu pada Pilihan Raya Negeri (PRN17) akan datang. Ketua Bahagiannya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, pihaknya akan bekerja keras memastikan kedua-dua DUN terbabit dimenangi UMNO sekali gus bersiap bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sesiapa sahaja calon diletakkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":29722,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-29721","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29721","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29721"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29721\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29723,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29721\/revisions\/29723"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29722"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29721"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29721"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29721"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}