{"id":29596,"date":"2024-07-07T18:50:09","date_gmt":"2024-07-07T10:50:09","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=29596"},"modified":"2024-07-07T18:50:10","modified_gmt":"2024-07-07T10:50:10","slug":"jkkk-perlu-buat-verifikasi-mangsa-banjir-keluarga-berpindah-ke-pps-tidak-gambarkan-jumlah-sebenar-yang-terkesan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/07\/07\/jkkk-perlu-buat-verifikasi-mangsa-banjir-keluarga-berpindah-ke-pps-tidak-gambarkan-jumlah-sebenar-yang-terkesan\/","title":{"rendered":"JKKK perlu buat verifikasi mangsa banjir, keluarga berpindah ke PPS tidak gambarkan jumlah sebenar yang terkesan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Penampang baru-baru ini tidak mengambarkan jumlah sebenar yang terkesan banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, ini kerana, masih banyak yang terperangkap di rumah yang tidak dapat dipindahkan oleh anggota keselamatan pada malam kejadian banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri 1 Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS tidak menggambarkan jumlah sebenar keluarga yang terjejas banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu saya telah mencadangkan supaya senarai yang terlibat itu diteliti semula dan Pegawai Daerah Penampang Francis Chong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana telah menyediakan satu borang khusus bagi pendaftaran mangsa banjir,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian banjir di Penempang selepas merasmikan Galeri Jualan dan Pelancaran Sky88 Residences Bundusan, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, penduduk kampung yang terjejas banjir perlu mengisi borang berkenaan dan disahkan oleh Pengerusi JKKK, Ketua Kampung atau JKDB sebelum dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKemudiannya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan memaklumkan kepada NADMA bilangan keluarga yang terlibat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, berdasarkan laporan Pegawai Daerah Penampang pada Jumaat lalu sebelum beliau menghadiri Mesyuarat Kabinet, sebanyak 2,300 ketua isi rumah (KIR) atau keluarga terlibat dalam bencana banjir di 16 buah kampung di Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya jawatankuasa bencana masih membuat pengesahan dengan semua JKKK kampung di Penampang yang terlibat banjir untuk kita melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya lagi, di peringkat Pusat Khidmat Parlimen Penampang, para pegawainya sudah seminggu menyalurkan pelbagai bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain bantuan bakul makanan, kita juga memberikan keperluan ringkas lain seperti tilam, bantal, tong gas dan lain-lain keperluan yang diperlukan oleh penduduk kampung termasuk sedikit perbelanjaan kepada JKKK, persatuan-persatuan, parti politik atau badan bukan kerajaan untuk menganjurkan program gotong royong membuat pembersihan rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga telah menyalurkan sedikit sumbangan daripda peruntukan Ahli Parlimen kepada sekolah-sekolah yang terjejas banjir dan beberapa persatuan lain yang terjejas termasuk rumah ibadat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sedang melihat jenis bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar yang terjejas teruk kehilangan baju seragam sekolah, kasut dan kelengpakan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenjadi tanggungjawab saya memastikan semua mangsa banjir di Penampang mendapat bantuan bersesuaian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, pada Selasa ini pejabatnya akan mengadakan perbincangan bersama kesemua 10 agensi di bawah kementeriannya termasuk Co-Opbank dsn ANGKASA untuk mengadakan perbincangan jenis bantuan yang perlu disalurkan kepada pelajar yang kehilangan segala-galanaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah melawat, meninjau dan melihat sendiri kerosakan di banyak rumah dan isu pelajar memerlukan bantuan juga perlu kita ambil perhatian,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Penampang baru-baru ini tidak mengambarkan jumlah sebenar yang terkesan banjir. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, ini kerana, masih banyak yang terperangkap di rumah yang tidak dapat dipindahkan oleh anggota keselamatan pada malam kejadian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":29597,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-29596","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29598,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29596\/revisions\/29598"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29597"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}