{"id":29458,"date":"2024-07-01T05:07:01","date_gmt":"2024-06-30T21:07:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=29458"},"modified":"2024-07-01T05:07:03","modified_gmt":"2024-06-30T21:07:03","slug":"ewon-pantau-situasi-banjir-bantu-pusat-bencana-tangguh-mesyuarat-kementerian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/07\/01\/ewon-pantau-situasi-banjir-bantu-pusat-bencana-tangguh-mesyuarat-kementerian\/","title":{"rendered":"Ewon pantau situasi banjir, bantu pusat bencana, tangguh mesyuarat kementerian"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, beliau terpaksa menangguhkan mesyuarat kementerian dan beberapa program lain di Kuala Lumpur yang dijadualkan esok (1 Julai) disebabkan masalah bencana banjir di Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai situasi banjir di Penampang ketika ini dan memaklumkan ketidakhadirannya ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pagi esok akibat bencana ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSepatutnya saya mengambil penerbangan jam 5.20 pagi esok ke Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga telah memaklumkan penangguhan taklimat agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan penggantian saya untuk temubual dengan BERNAMA malam esok,\u201d katanya dalam perkongsian dii media sosialnya (Ewon Benedick Offficial Media), pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon meluangkan masa melawat pusat kawalan bencana dan pusat pemindahan mangsa banjir di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang bersama Pegawai Daerah Penampang Francis Chong, Penolong Pegawai Daerah dan Jawatankuasa Bencana Daerah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPegawai Daerah Penampang telah mengisytiharkan pembukaan pusat bencana ini jam 5.25 petang tadi susulan hujan lebat di Penampang sejak jam 1.30 tengahari tadi yang menyebabkan banjir besar di Penampang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPasukan keselamatan yang terdiri daripada PDRM, APM, JBPM yang dibantu oleh Kelab 4&#215;4 WRS sedang menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir. Bagaimanapun, operasi ini juga terkesan akibat arus yang kuat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, pada ketika ini (ketika berita ini ditulis) beberapa jalan utama Penampang tidak dapat dilalui. Bekalan elektrik juga terputus di beberapa kampung dan kawasan perumahan. Tanah runtuh di tiga kawasan juga menyebabkan laluan utama tidak dapat dilalui termasuk Jalan Penampang &#8211; Tambunan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertembungan air laut pasang dengan air sungai menyebabkan limpahan besar banjir ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya menggunakan kenderaan ahli Kelab 4&#215;4 WRS membuat tinjauan sebentar tadi dan melihat banyak kenderaan yang tersangkut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Jawatankuasa Bencana Daerah untuk keperluan berkaitan operasi menyelamat dan keperluan lain di pusat pemindahan bencana.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMari doakan operasi menyelamat dan memindah mangsa bencana ini dipermudahkan. Juga untuk semua mengambil langkah berhati-hati,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, beliau terpaksa menangguhkan mesyuarat kementerian dan beberapa program lain di Kuala Lumpur yang dijadualkan esok (1 Julai) disebabkan masalah bencana banjir di Penampang. Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai situasi banjir di Penampang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":29459,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-29458","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29458","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29458"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29458\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29460,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29458\/revisions\/29460"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29458"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29458"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29458"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}