{"id":29334,"date":"2024-06-26T06:38:00","date_gmt":"2024-06-25T22:38:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=29334"},"modified":"2024-06-26T06:38:02","modified_gmt":"2024-06-25T22:38:02","slug":"kuskop-sediakan-lebih-rm8-juta-untuk-projek-tamu-desa-bagi-fasa-pertama-dan-kedua-di-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/06\/26\/kuskop-sediakan-lebih-rm8-juta-untuk-projek-tamu-desa-bagi-fasa-pertama-dan-kedua-di-sarawak\/","title":{"rendered":"KUSKOP sediakan lebih RM8 juta untuk Projek Tamu Desa bagi fasa pertama dan kedua di Sarawak"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan lebih RM8 juta untuk melaksanakan Projek Tamu Desa di Sarawak, bermula tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1.995 juta diperuntukkan bagi fasa pertama dan RM7 juta untuk fasa kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebanyak 13 tapak Tamu Desa dikenalpasti di Sarawak untuk dinaiktaraf bagi fasa pertama iaitu di kawasan Satok, Sungai Apong, Taman Marsjaya Baharu, Luak, Tedungan, Kampung Besa Pebahanan, Beluru, Lapok, Batang Ai, Matu, Simunjan, Serikei dan Selangau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProjek Tamu Desa ini bertujuan menyediakan atau menaiktaraf ruang niaga atau pusat niaga penjaja dengan infrastruktur yang lebih kondusif serta memberi akses pemasaran produk jualan yang lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap pelaksanaan projek Tamu Desa ini akan meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat melalui peluang berniaga serta mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPD) Sarawak, di Raia Hotel Convention Centre, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan secara one-off sebanyak RM10 juta kepada KUSKOP untuk pelaksanaan Projek Tamu Desa, tahun ini di Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi fasa pertama, kementerian memperuntukkan sebanyak RM1.995 juta kepada Sarawak dan RM7 juta bagi Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cManakala untuk fasa kedua pula Sarawak akan menerima peruntukan yang lebih besar daripada Sabah iaitu RM7 juta,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai mesyuarat itu, Ewon berkata, dua agenda dibincangkan iaitu Pelaksanaan MPUKPPD dan Pembangunan Premis (Tamu Desa) di Sarawak Tahun 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, MPUKPPD telah dilaksanakan secara rintis di daerah-daerah negeri Sabah pada tahun lepas dan pada tahun ini KUSKOP berhasrat untuk memperluaskan pelaksanaan Majlis ini di negeri-negeri lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahun ini, KUSKOP merancang pelaksanaan MPUKPPD di Sarawak dan beberapa negeri di Semenanjung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya Majlis ini, KUSKOP yakin ia dapat membantu usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil untuk membangunkan ekonomi setempat melalui produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh KUSKOP dan agensi-agensi di bawahnya termasuk agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeterusnya merapatkan jurang dan meningkatkan kerjasama di antara usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil, pemimpin setempat serta jabatan dan agensi di peringkat daerah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berharap pelaksanaan MPUKPPD dan Program Tamu Desa mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada Kerajaan Sarawak agar matlamat KUSKOP membantu memperkasa usahawan kecil dan koperasi tercapai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr.Ripin Lamat mengalu-alukan usaha dan komitmen kerajaan persekutuan melalui KUSKOP untuk membantu usahawan Sarawak terutamanya dari segi penyediaan infrastruktur yang lebih kondusif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami menghargai penyediaan peruntukan untuk Projek Tamu Desa di Sarawak dan akan berusaha memastikan pelaksanaan berjalan lancar untuk manfaat golongan sasaran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas mesyuarat itu, Ewon turut menyampaikan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Program Pembangunan Tamu Desa di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Datuk Dr.Ripin Lamat, mewakili Timbalan Premier Sarawak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP Noor Afifah Abdul Razak, wakil-wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Kementerian Kesihatan Awam, Pereumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan ketua-ketua agensi di bawah KUSKOP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan lebih RM8 juta untuk melaksanakan Projek Tamu Desa di Sarawak, bermula tahun ini. Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1.995 juta diperuntukkan bagi fasa pertama dan RM7 juta untuk fasa kedua. \u201cSebanyak 13 tapak Tamu Desa dikenalpasti di Sarawak untuk dinaiktaraf bagi fasa pertama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":29335,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-29334","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29334","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29334"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29334\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29336,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29334\/revisions\/29336"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29335"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29334"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29334"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29334"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}