{"id":29065,"date":"2024-06-06T18:02:02","date_gmt":"2024-06-06T10:02:02","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=29065"},"modified":"2024-06-06T18:02:03","modified_gmt":"2024-06-06T10:02:03","slug":"koperasi-premier-harus-terajui-pembangunan-inovasi-dan-ai-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/06\/06\/koperasi-premier-harus-terajui-pembangunan-inovasi-dan-ai-ewon\/","title":{"rendered":"Koperasi premier harus terajui pembangunan inovasi dan AI \u2013 Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan koperasi-koperasi premier di negara ini supaya membangunkan komponen Kecerdasan Buatan (AI) dan inovasi dalam pengoperasian dan perkhimatan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau percaya koperasi-koperasi premier seperti Bank Rakyat, Co-Opbank Pertama dan Koperasi Petronas mempunyai keupayaan sendiri untuk membangunkan teknologi AI dan inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi peringkat kementerian, kita telah melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030, di mana kita menggalakkan semua koperasi di negara ini mengadaptasi komponen digitalisasi dalam pengoperasian masing-masing, ini termasuklah AI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingin melihat koperasi-koperasi premier seperti Bank Rakyat, Co-Opbank, Koperasi Petronas dan Tenaga berada di hadapan untuk menjadi contoh dan motivasi kepada lebih 15,000 koperasi-koperasi lain di negara ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam sempena Persidangan Kredit dan Perbankan Asia dan Pasific 2024, anjuran Perikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), di Aloft Hotel, Kuala Lumpur, di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ditanya sama ada kementerian mempunyai peruntukan khas untuk koperasi dalam pembangunan AI, Ewon berkata, pada masa ini kementerian tidak mempunyai peruntukan khusus untuk AI bagi gerakan koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun katanya kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA) mempunyai program sokongan untuk menggalakkan koperasi mengadaptasi digitalisasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi bawah SKM dan IKMA, kita ada beberapa program bimbingan dan pembiayaan supaya koperasi-koperasi ini dapat berhadapan dengan keperluan masa kini, antaranya Tabung Modal Pusingan boleh meningkatkan produktiviti koperasi termasuk komponen AI,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap usaha itu dapat diselaraskan dengan Program AI untuk Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu katanya, perancangan itu harus bermula dari sekarang sebab AI untuk Rakyat telah dilancarkan dan seharusnya menjadi mesej kepada syarikat besar, termasuk koperasi premier.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu koperasi di Malaysia mampu memberi penawaran yang sama baik dengan syarikat multinational dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) lain dalam soal komponen inovasi dalam perkhidmatan,\u201d ujarnya.<br>Terdahulu itu, ketika berucap Ewon berkata, setakat ini sebanyak 15,809 koperasi berdaftar di Malaysia dengan keanggotaan lebih 7.2 juta ahli iaitu meliputi 20% daripada jumlah penduduk negara ini dengan perolehan sebanyak RM64.6 bilion pada tahun 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni jelas menunjukkan bahawa gerakan koperasi menjadi antara penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDasar Koperasi Malaysia 2030 menyasarkan perolehan RM73 bilion pada 2030, di mana bank-bank koperasi seperti Bank Rakyat dan Co-Opbank Pertama berperanan penting menyumbang kepada perolehan itu,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan koperasi-koperasi premier di negara ini supaya membangunkan komponen Kecerdasan Buatan (AI) dan inovasi dalam pengoperasian dan perkhimatan mereka. Beliau percaya koperasi-koperasi premier seperti Bank Rakyat, Co-Opbank Pertama dan Koperasi Petronas mempunyai keupayaan sendiri untuk membangunkan teknologi AI dan inovasi. \u201cDi peringkat kementerian, kita telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":29066,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-29065","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29065","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29065"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29065\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29067,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29065\/revisions\/29067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29065"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29065"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29065"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}