{"id":28888,"date":"2024-05-26T15:33:16","date_gmt":"2024-05-26T07:33:16","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28888"},"modified":"2024-05-26T15:33:18","modified_gmt":"2024-05-26T07:33:18","slug":"pembudayaan-koperasi-boleh-gerakkan-keusahawanan-desa-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/05\/26\/pembudayaan-koperasi-boleh-gerakkan-keusahawanan-desa-ewon\/","title":{"rendered":"Pembudayaan koperasi boleh gerakkan keusahawanan desa &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pembudayaan koperasi boleh menggerakkan pembangunan keusahawanan desa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu katanya, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) terus melipatgandakan usaha menganjurkan program-program memasyarakatkan koperasi di pelusuk negara termasuk di kawasan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya, pembudayaan keusahawanan dikalangan masyarakat dapat dipertingkatkan melalui gerakan koperasi, sebab itu kita telah mengadakan program khas pada hari ini supaya penyertaan masyarakat lebih meluas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu Mukim Tengkurus (kawasan luar bandar) ketinggalan daripada menikmati manfaat yang disediakan oleh kementerian melalui agensi kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi Peringakt Zon Tengkurus sempena Perayaan Kaamatan Kampung Tengkurus, di Dewan kampung itu, di sini, pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, hasil daripada pelaksanaan program membudayakan masyarakat berkoperasi yang dilaksanakan sepanjang tahun, jumlah koperasi berdaftar di seluruh negara terus meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada tahun lepas kita telah melaksanakan program itu di banyak tempat seluruh negara dan hasilnya, pendaftaran koperasi yang terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak 1,001 koperasi baru didaftarkan tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya, ia banyak disumbangkan melalui usaha yang dibuat oleh kementerian dan juga agensi khususnya SKM dan IKMA yang telah mengadakan sesi libat urus dan turun padang memberi galakan kepada masyarakat untuk menubuhkan koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap tahun ini, kita mendapat sambutan yang sama, pendaftaran yang besar jumlahnya supaya kita dapat membantu komuniti membangunkan potensi ekonomi di kampung mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, SKM bukan setakat memberikan galakan kepada masyarakat supaya menubuhkan dan mendaftarkan koperasi tetapi terus memberikan bantuan dan sokongan sehingga koperasi berkenaan berkembang maju dalam bidang perniagaan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni peranan kementerian melalui SKM dan IKMA, ia tidak terhenti setakat memberi kempen galakan dan pendaftaran tetapi terus memberikan perkhidmatan sepanjang masa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelagi koperasi itu wujud, selagi itu bantuan dan perkhidmatan bimbingan perlu disalurkan kepada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai penganjuran program membudayakan masyarakat berkoperasi di Mukim Tengkurus, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, ia bertepatan dengan hasratnya untuk melihat lebih banyak Koperasi diwujudkan di kawasan Kadamaian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgam ini amat penting khususnya bagi zon Tengkurus kerana belum ada koperasi didaftarkan di kawasan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, saya menggalakkan penyertaan masyarakat sama ada di peringkat keluarga, komuniti dan sebagainya untuk menggerakkan aktiviti ekonomi keusahawanan desa melalui gerakan koperasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yakin penduduk kampung akan memberikan respond positif selepas mendengar ceramah dan taklimat daripada SKM dan IKMa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis itu Ewon turut bersetuju menyalurkan peruntukan khas menteri sebanyak RM50,000 untuk membantu menyelesaikan masalah paip yang dihadapi penduduk Kampung Tengkurus.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin dan para pemimpin masyarakat setempat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pembudayaan koperasi boleh menggerakkan pembangunan keusahawanan desa. Sehubungan itu katanya, kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) terus melipatgandakan usaha menganjurkan program-program memasyarakatkan koperasi di pelusuk negara termasuk di kawasan luar bandar. \u201cSaya percaya, pembudayaan keusahawanan dikalangan masyarakat dapat dipertingkatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28889,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28888","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28888","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28888"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28888\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28890,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28888\/revisions\/28890"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28889"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28888"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28888"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28888"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}