{"id":28743,"date":"2024-05-18T14:34:57","date_gmt":"2024-05-18T06:34:57","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28743"},"modified":"2024-05-18T16:43:10","modified_gmt":"2024-05-18T08:43:10","slug":"ordinan-pentadbiran-luar-bandar-sabah-sudah-dipinda-harus-ada-satu-badan-pengurusan-kampung-sahaja-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/05\/18\/ordinan-pentadbiran-luar-bandar-sabah-sudah-dipinda-harus-ada-satu-badan-pengurusan-kampung-sahaja-ewon\/","title":{"rendered":"Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah sudah dipinda, harus ada satu badan pengurusan kampung sahaja: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Sabah mempunyai Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang sudah dipinda untuk pentadbiran kampung dan seharusnya hanya satu badan pengurusan kampung di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Ordinan Pentadbiran Luar Bandar itu telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di mana hanya ada satu pentadbiran kampung iaitu JKKK yang diiktiraf yang dilantik oleh kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya ia merupakan satu dasar negara, maka ia harus dilaksanakan di seluruh negara, tetapi di Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung ianya tidak dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, saya telah menjelaskan pandangan saya yang cukup tegas, tidak setuju tentang penubuhan JKDM apabila ia dibangkitkan di kabinet. Saya percaya keputusan pada ketika itu cadangan tersebut haruslah dirunding dengan kerajaan negeri. Jadi saya tidak tahu kenapa ia masih diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian yang berkenaan dan saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri sama ada ia dirujuk tentang penubuhan ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang, di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) percaya, penubuhan JKKP lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil-wakil rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cContohnya di Moyog, saya tidak pernah dibawa berbincang. Begitu juga di Kadamaian, saya tidak akan menghantar senarai bagi kawasan DUN Kadamaian kerana ini pendirian saya iaitu tidak harus ada satu pentadbiran JKKK yang kedua dalam satu satu kampung di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai wakil rakyat dari Sabah, dan walaupun mempunyai kementerian persekutuan, saya tetap berpendirian bahawa tidak harus ada JKKP di Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan pewujudan JKKP di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPandangan dan pendirian saya sudah direkodkan dengan jelas dalam perbincangan kabinet dan pendirian saya tidak berubah sejak saya menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada ketika itu juga ada usaha untuk menubuhkan MPKK Persekutuan, saya menyatakan bantahan dan pendirian saya kekal sehinga hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada saya dan UPKO, harus ada satu institusi pentadbiran kampung mengikut ordinan yang telah diluluskan di DUN iaitu Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah yang telah diluluskan dan dipinda pada sidang DUN Januari lepas,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Sabah mempunyai Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang sudah dipinda untuk pentadbiran kampung dan seharusnya hanya satu badan pengurusan kampung di negeri ini. Beliau berkata, Ordinan Pentadbiran Luar Bandar itu telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di mana hanya ada satu pentadbiran kampung iaitu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28744,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28743","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28743","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28743"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28743\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28753,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28743\/revisions\/28753"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28744"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28743"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28743"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28743"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}