{"id":28628,"date":"2024-05-12T12:00:48","date_gmt":"2024-05-12T04:00:48","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28628"},"modified":"2024-05-12T12:00:50","modified_gmt":"2024-05-12T04:00:50","slug":"kerajaan-negeri-terus-membawa-pembangunan-kepada-rakyat-hassan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/05\/12\/kerajaan-negeri-terus-membawa-pembangunan-kepada-rakyat-hassan\/","title":{"rendered":"Kerajaan Negeri terus membawa pembangunan kepada rakyat-Hassan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>TAWAU: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat negeri ini khususnya di kawasan luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kerajaan yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus juga sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap rancangan pembangunannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga komited untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat yang telah diwarisi dari kerajaan yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan Negeri hari ini terus berusaha sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat terutamanya kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, eletrik dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan tidak akan membiarkan masalah<br>-masalah itu berlarutan seperti kerajaan yang lalu, sebaliknya terus berusaha menyelesaikannya demi kemudahan rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan&#8221;, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Hassan berkata, rakyat perlu terus menyokong Kerajaan GRS agar segala program dan perancangan yang telah dibuat untuk kepentingan rakyat dapat diteruskan dan dilaksanakan tanpa terganggu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, rakyat juga perlu terus bersatu padu kerana perpaduan kaum merupakan tunggak utama kepada pembangunan dan kesejahteraan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita bersyukur kerana hasil persefahaman dan perpaduan rakyat berbilang kaum, maka kita dapat bersama-sama menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan perayaan-perayaan lain bersama dalam suasana yang aman dan harmoni&#8221;, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, tahun ini merupakan tahun kedua Pejabat Daerah Kalabakan menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan bersama oleh rakyat berbilang kaum dan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Hassan berkata, Pesta Kaamatan disambut selain bagi menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik, ia juga bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat negeri ini khususnya di kawasan luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir. Katanya, kerajaan yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus juga sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap rancangan pembangunannya. Beliau berkata, Kerajaan Negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28629,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28628","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28628","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28628"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28628\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28630,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28628\/revisions\/28630"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28629"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28628"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28628"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28628"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}