{"id":28615,"date":"2024-05-11T18:32:55","date_gmt":"2024-05-11T10:32:55","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28615"},"modified":"2024-05-11T18:32:57","modified_gmt":"2024-05-11T10:32:57","slug":"kabinet-setuju-perkenal-hala-tuju-baharu-sdsi-laksana-sejati-komuniti-madani-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/05\/11\/kabinet-setuju-perkenal-hala-tuju-baharu-sdsi-laksana-sejati-komuniti-madani-ewon\/","title":{"rendered":"Kabinet setuju perkenal hala tuju baharu SDSI, laksana Sejati Komuniti Madani &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA PENYU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kabinet bersetuju memperkenalkan hala tuju dan model pelaksanaan baharu Satu Daerah Satu Industri (SDSI) melalui pelaksanaan Sejati Komuniti Madani dengan kerjasama ICU Jabatan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan produk baharu SDSI seterusnya meluaskan pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya telah membentangkan kepada Jemaah Menteri satu kertas untuk kita memperkenalkan hala tuju dan model pelaksanaan baru SDSI pada mesyuarat kabinet beberapa hari lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKabinet bersetuju dengan hala tuju tersebut. Selepas ianya dilaksanakan sejak sekian lama, kita perlu tampil dengan satu model baharu dan antaranya adalah memperhebatkan lagi kerjasama diantara kerajaan negeri dan persekutuan bersama agensi dalam mengenal pasti industri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita hanya akan bangunkan satu-satu produk atau satu-satu industri yang kita rasa boleh dibawa ke pasaran peringkat antarabangsa dan seterusnya kita juga menggalakkan penubuhan koperasi bagi usahawan-usahawan kampung atau daerah yang mengusahakan industri desa tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival TEKUN Madani dan Showcase SDSI, di Dewan Masyarakat Datuk Shahbandar Makang, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, ini adalah penambahbaikan dan hala tuju baharu bukan hanya dengan pelaksanaan SDSI tetapi kita juga akan menjadi sebahagian daripada pelaksana Sejati Madani Komuniti yang mana dalam belanjawan tahun ini diperuntukkan sebanyak RM1 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan sepenuhnya kita menggunakan model SDSI dalam pelaksanaan Sejati Komuniti Madani tetapi kita akan bekerjasama dengan ICU Jabatan Perdana Menteri dalam mengangkat produk-produk di beberapa pelaksanaan Sejati Komuniti yang akan diperkenalkan tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu itu, ketika berucap Ewon berkata, SDSI merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu ekonomi luar bandar, selari dengan dasar pembangunan luar bandar secara bersepadu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kerajaan telah mengorak langkah untuk menggalakkan penduduk desa menghasilkan sumber ekonomi sendiri dari dalam kawasan desa yang mampu menembus pasaran yang lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cShowcase SDSI ini adalah usaha kerajaan untuk memperkenalkan produk-produk desa kecil ke peringkat nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa Showcase SDSI di Melaka, usahawan SDSI Labu Sayong dari Perak berjaya mencapai peningkatan jualan sebanyak 36 peratus Ini membuktikan keberkesanan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membangunkan produk-produk usahawan desa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada tahun ini, KUSKOP telah mengenal pasti industri Ikan Liking di Kota Belud, sebagai salah satu industri yang berpotensi untuk dibangunkan dan dimajukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsahawan desa yang dipilih diberi bantuan peningkatan kualiti produk melalui penjenamaan dan pembungkusan, pensijilan, pemasaran, pengiklanan serta bimbingan teknikal,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu beliau berharap agar lebih banyak industri desa lain di Sabah dapat dibangunkan melalui program ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato\u2019 Sri Suriani Dato\u2019 Ahmad, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching, ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury, Pengerusi TEKUN Nasional Dato&#8217; Abdullah Sani Abdul Hamid, ketua-ketua jabatan persekutuan negeri dan ketua-ketua agensi KUSKOP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA PENYU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kabinet bersetuju memperkenalkan hala tuju dan model pelaksanaan baharu Satu Daerah Satu Industri (SDSI) melalui pelaksanaan Sejati Komuniti Madani dengan kerjasama ICU Jabatan Perdana Menteri. Beliau berkata, ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan produk baharu SDSI seterusnya meluaskan pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28616,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28615","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28615","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28615"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28617,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28615\/revisions\/28617"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28616"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}