{"id":28541,"date":"2024-05-08T09:34:21","date_gmt":"2024-05-08T01:34:21","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28541"},"modified":"2024-05-08T09:34:23","modified_gmt":"2024-05-08T01:34:23","slug":"lichong-hasilkan-buku-hanya-satu-hajiji-the-one-and-only","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/05\/08\/lichong-hasilkan-buku-hanya-satu-hajiji-the-one-and-only\/","title":{"rendered":"Lichong hasilkan buku `Hanya Satu Hajiji, The One And Only&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PROMOSI: Hajiji (kiri) dan Lichong memegang buku `Hanya Satu Hajiji, The One and Only&#8217; sempena Majlis Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Media di Kota Kinabalu, pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Sebuah buku kompilasi tulisan mengenai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, sudah mulai memasuki pasaran sejak minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Buku setebal 200 halaman bertajuk `Hanya Satu, Hajiji, The One And Only &#8211; Dari Kaca Mata Wartawan&#8217; itu dihasilkan oleh wartawan, Datuk Lichong Angkui.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah himpunan tulisan-tulisan terbaharu Lichong mengenai kepemimpinan Hajiji serta dasar dan hala tuju kerajaan negeri, termasuk berkaitan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menarik, ia memuatkan komentar dan pandangan 10 figura besar kewartawanan Malaysia mengenai ketokohan dan kepemimpinan Hajiji.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka terdiri daripada pemimpin organisasi media, presiden persatuan-persatuan wartawan, tokoh wartawan, wartawan veteran dan pensyarah komunikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hajiji turut mempromosikan buku itu sewaktu Majlis Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Media, di sebuah hotel di Kota Kinabalu kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sempena majlis itu, sejumlah wartawan yang memiliki buku berkenaan mendapatkan tandatangan daripada Hajiji dan Lichong.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ditemui kemudian, Lichong yang juga Ketua Pengarang Utusan Borneo berkata ini kali kedua Hajiji mempromosikan buku berkenaan selepas kali pertama dalam satu acara di Tongod, pada 27 April lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, buku itu adalah kompilasi tulisan-tulisan beliau sepanjang enam bulan terakhir ini berkaitan kepemimpinan Hajiji dan kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia turut memuatkan sinopsis perjuangan politik Hajiji dan sedikit biografi ringkas Ketua Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara fokusnya termasuk <code>Menaiki tangga politik dari bawah' dan<\/code>Safari politik, Dari Sulaman ke Menara Kinabalu&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya berjaya mendapat komen dan pandangan daripada sejumlah wartawan tersohor.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ada yang menulis komen dalam Bahasa Melayu, ada yang dalam Bahasa Inggeris dan ada juga yang menulis dalam kedua-dua bahasa. Jadi, saya muatkan keseluruhan komen mereka itu tanpa mengubahnya sedikit pun,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lichong yang juga Ahli Majlis Pentadbir Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) berkata, buku itu turut memuatkan tulisan berkaitan berbagai hal, sepanjang 40 tahun keterlibatan dalam dunia kewartawanan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di bahagian penghujung buku ini saya imbas sedikit sejarah perjalanan karier kewartawanan yang bermula di Sabah, berbunga di Semenanjung dan kemudian kembali berpasak di negeri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya mendakap tiga era kewartawanan &#8212; zaman konvensional yang serba-serbi tradisional, kemudian memasuki gerbang digital dan kini menuju era Revolusi Industri Keempat atau Indistri 4.0,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, judul buku itu dipilih bagi merangkumkan pengamatannya sebagai wartawan terhadap gaya dan kepimpinan Hajiji.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi saya, kepemimpinan Hajiji lain daripada yang lain &#8212; karekternya tiada persamaan yang lain, perspektif pemikirannya luar biasa, beliau bekerja dalam diam, tidak mahu berkonfrantasi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hanya satu Hajiji, the one and only. Ini sekadar pandangan saya. Mungkin berbeza dengan pandangan orang lain. Sebab itu saya letakkan tajuk kecil `Dari kaca mata wartawan&#8217;,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PROMOSI: Hajiji (kiri) dan Lichong memegang buku `Hanya Satu Hajiji, The One and Only&#8217; sempena Majlis Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Media di Kota Kinabalu, pada Isnin. KOTA KINABALU: Sebuah buku kompilasi tulisan mengenai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, sudah mulai memasuki pasaran sejak minggu lalu. Buku setebal 200 halaman bertajuk `Hanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28542,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28541","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28541","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28541"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28541\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28543,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28541\/revisions\/28543"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28542"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28541"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28541"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28541"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}