{"id":28528,"date":"2024-05-07T13:59:01","date_gmt":"2024-05-07T05:59:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28528"},"modified":"2024-05-07T13:59:03","modified_gmt":"2024-05-07T05:59:03","slug":"pilih-calon-kerajaan-perpaduan-untuk-kestabilan-kesinambungan-agenda-ekonomi-negara-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/05\/07\/pilih-calon-kerajaan-perpaduan-untuk-kestabilan-kesinambungan-agenda-ekonomi-negara-ewon\/","title":{"rendered":"Pilih calon Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan, kesinambungan agenda ekonomi negara: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA KUBU BHARU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyeru para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) supaya memilih calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK), di kawasan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, ini penting untuk kestabilan politik dan kesinambungan agenda ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNegara kita memerlukan satu kerajaan yang stabil yang didukung oleh pelbagai parti mewakili pelbagai gabungan dan ini menjadikan satu keunikan kepada negara kita yang mesti dipertahankan iaitu kestabilan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana kekacauan dan ketidakstabilan politik boleh menjejaskan pembangunan negara dan juga kemakmuran ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru dalam konteks pilihan raya kecil di Kuala Kubu Bahru Hulu Selangor, saya menyeru para pengundi di sini untuk memberi mandat baharu kepada calon kerajaan perpaduan daripada Pakatan Harapan yang didukung oleh parti-parti lain yang bergabung dalam kerajaan perpaduan supaya kestabilan politik dapat diteruskan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Program Taklimat Pembiayaan TEKUN Nasional di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, kestabilan politik amat penting bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah membawa pelabur-pelabur asing ke dalam negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBegitu juga dengan inisiatif dalam negara, kita telah merancang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti keusahawanan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil. Semua ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan adanya kestsbilan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu keadaan sebelum ini, di mana setiap satu atau dua tahun, ada pertukaran kerajaan yang menganggu dasar-dasar ekonomi dan pembangunan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita harus belajar daripada sejarah dan pengalaman tersebut. Kita berada dalam satu kerajaan yang sangat stabil dipimpin oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sangat cemerlang dan kita harus pertahankan sehingga akar umbi termasuk dalam kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka itu, pilihlah calon daripada kerajaan perpaduan untuk kita menangkan dalam pilihan raya kecil ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu itu, ketika berucap pada majlis itu, Ewon berkata, TEKUN Nasional adalah antara empat agensi yang diberi mandat besar melaksanakan pembangunan usahawan mikro dan kecil dalam pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan sekitar RM1.1 bilion pada tahun 2023 kepada usahawan-usahawan di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, beberapa skim baharu juga telah diperkenalkan seperti Skim Pembiayaan Usahawan Kraf dan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap TEKUN Nasional meneruskan kecemerlangan dalam melahirkan lebih ramai usahawan mikro dan kecil baharu negara selain membantu usahawan-usahawan sedia ada,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA KUBU BHARU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyeru para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) supaya memilih calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK), di kawasan ini. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, ini penting untuk kestabilan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28529,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28528","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28528","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28528"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28528\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28530,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28528\/revisions\/28530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28529"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28528"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28528"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28528"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}