{"id":28397,"date":"2024-04-28T21:41:00","date_gmt":"2024-04-28T13:41:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28397"},"modified":"2024-04-28T21:41:02","modified_gmt":"2024-04-28T13:41:02","slug":"ewon-temui-diaspora-malaysia-di-jordan-seru-jadi-duta-produk-pmks-dan-koperasi-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/04\/28\/ewon-temui-diaspora-malaysia-di-jordan-seru-jadi-duta-produk-pmks-dan-koperasi-negara\/","title":{"rendered":"Ewon temui diaspora Malaysia di Jordan, seru jadi \u2018duta\u2019 produk PMKS dan koperasi negara"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>JORDAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menemui Diaspora Malaysia di Jordan dan menyeru agar mereka dapat menjadi duta produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kementeriannya bersedia membantu diaspora Malaysia di Jordan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan terutamanya menerusi platform koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap agar diaspora dan para pelajar Malaysia menjadi duta kepada perkhidmatan, produk dan jenama daripada syarikat-syarikat PMKS, koperasi dan francais negara Malaysia di tempat bekerja atau kampus pengajian masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemasaran produk-produk Malaysia ke pasaran antarabangsa sudah tentunya memerlukan sokongan duta-duta seperti ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sesi Ramah Mesra antara Delegasi KUSKOP dengan Diaspora Malaysia di Jordan, di Hotel Ritz Carlton, Amman, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bersedia membantu Diaspora Malaysia di Jordan yang ingin bekerjasama dengan koperasi di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenyertaan dalam kalangan profesional, belia dan penjawat awam dalam gerakan koperasi amat penting memandangkan golongan ini berupaya bertindak sebagai penyumbang idea bagi memastikan gerakan koperasi berkembang dinamik dan kekal relevan dengan perkembangan sosioekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya dengan pengalaman warga Malaysia di Jordan termasuk para pelajar yang hidup dan bekerja dalam persekitaran antarabangsa yang pelbagai dapat mengukuhkan lagi personaliti dan memupuk kemahiran menangani cabaran-cabaran serta mampu mewujudkan rangkaian global berpengaruh,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, PMKS berjaya menyumbang sebanyak 38.4% atau RM580.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), nilai eskport 10.5% atau RM144.5 bilion dan 48.2% atau 7.59 juta orang dalam sektor guna tenaga pada tahun 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada tahun lalu, bilangan koperasi juga terus melonjak kepada 15,809 buah dengan jumlah keanggotaan 7.2 juta orang, modal syer RM17.45 bilion, penjanaan aset RM165.89 bilion dan nilai perolehan sebanyak RM64.56 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi sektor francais, ia mempunyai lebih 1,000 jenama yang telah didaftarkan. Dalam hubungan ini, saya berharap diaspora dan para pelajar Malaysia menjadi duta kepada perkhidmatan, produk dan jenama daripada syarikat-syarikat PMKS, koperasi dan francais negara Malaysia,\u201d katanya dan menambah kementerian dan agensi-agensi kementerian sentiasa terbuka sekiranya mereka mahu menjadi usahawan PMKS, koperasi dan francais apabila kembali semula ke Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Jordan Tuan Yang Terutama Mohamad Nasir Abdul Rahman, Pengerusi SKM Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal; Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP yang juga Anggota Lembaga ANGKASA, Azizul Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato\u2019 Haji Abdullah Haji Jusoh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JORDAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menemui Diaspora Malaysia di Jordan dan menyeru agar mereka dapat menjadi duta produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi negara. Beliau berkata, kementeriannya bersedia membantu diaspora Malaysia di Jordan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan terutamanya menerusi platform koperasi. \u201cSaya berharap agar diaspora dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28398,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28397","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28397","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28397"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28397\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28399,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28397\/revisions\/28399"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28398"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28397"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28397"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28397"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}