{"id":2839,"date":"2021-03-27T18:37:55","date_gmt":"2021-03-27T10:37:55","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=2839"},"modified":"2021-03-27T18:37:55","modified_gmt":"2021-03-27T10:37:55","slug":"pemuda-umno-garis-lima-perkara-sebagai-resipi-kemenangan-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/03\/27\/pemuda-umno-garis-lima-perkara-sebagai-resipi-kemenangan-pru\/","title":{"rendered":"Pemuda UMNO garis lima perkara sebagai &#8216;resipi&#8217; kemenangan PRU"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: UMNO\u00a0adalah parti yang sangat terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi rakyat dan negara tetapi bukan dengan cara menggadai maruah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Pemuda UMNO katanya menggesa\u00a0kepimpinan parti\u00a0untuk berpakat dan berunding secara berhikmah dalam\u00a0menjalankan kerjasama.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada kusut yang tidak boleh selesai. Yang penting mesti ada ikhlas dan jujur dalam persahabatan mahupun persepakatan,\u201d katanya dalam ucapan dasar\u00a0pada persidangan perwakilan pergerakan itu bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2020, di sini hari ini.<\/p>\n<p>Asyraf Wajdi menegaskan\u00a0isu sedia bekerjasama tanpa mencairkan prinsip merupakan\u00a0antara lima\u00a0perkara penting sebagai pedoman dan resipi kemenangan untuk UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\u00a0<\/p>\n<p>Empat perkara lain ialah menguasai persepsi anak muda; calon yang segar dan diterima rakyat; yakin diri, pertahan ideologi; serta perkasa jentera, jauhi sengketa.<\/p>\n<p>Katanya\u00a0UMNO tidak boleh sesekali berasa kerdil dan berasakan parti itu lemah sehingga rela melutut kepada seteru politik yang kononnya\u00a0menjamin\u00a0kemenangan dalam PRU.<\/p>\n<p>Mengenai calon segar, Asyraf Wajdi berkata untuk diterima rakyat, terutama 47 peratus\u00a0pengundi muda yang tidak terikat dengan sebarang ideologi mahupun parti, calon muda yang dimaksudkan bukan sekadar pelapis, sebaliknya sebagai barisan peneraju kepimpinan negara yang baharu mesti ditonjolkan.<\/p>\n<p>\u201cMaka Pemuda\u00a0berpendirian, calon-calon PRU akan datang\u00a0mestilah diperbanyakkan orang muda yang kompeten dan berilmu, diterima rakyat bukannya sekadar hero dalam\u00a0kalangan ahli sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menjelaskan mengenai persiapan sayap itu untuk menghadapi PRU15, beliau berkata Pemuda tidak lagi sekadar menggalas tugas-tugas tradisi gerak gempur\u00a0memasang poster,\u00a0sebaliknya Skuad Sabil diberikan amanah kali pertama menguruskan keselamatan.<\/p>\n<p>Skuad Sabil ialah pasukan beruniform bersifat sukarelawan diiktiraf sebagai skuad pergerakan itu dan juga UMNO.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: UMNO\u00a0adalah parti yang sangat terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi rakyat dan negara tetapi bukan dengan cara menggadai maruah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Sehubungan itu, Pemuda UMNO katanya menggesa\u00a0kepimpinan parti\u00a0untuk berpakat dan berunding secara berhikmah dalam\u00a0menjalankan kerjasama. \u201cTidak ada kusut yang tidak boleh selesai. Yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":2840,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-2839","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2839","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2839"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2839\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2841,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2839\/revisions\/2841"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2840"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2839"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2839"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2839"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}