{"id":28385,"date":"2024-04-27T13:32:34","date_gmt":"2024-04-27T05:32:34","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28385"},"modified":"2024-04-27T13:32:35","modified_gmt":"2024-04-27T05:32:35","slug":"pbs-yakin-pertahankan-kemenangan-dun-matunggong-prn-akan-datang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/04\/27\/pbs-yakin-pertahankan-kemenangan-dun-matunggong-prn-akan-datang\/","title":{"rendered":"PBS yakin pertahankan kemenangan DUN Matunggong PRN akan datang"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUDAT: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yakin parti dapat mempertahankan kemenangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPBS Bahagian Matunggong mempunyai keahlian tidak kurang 10,000 orang dan Matunggong tidak boleh dikalahkan pada PRN akan datang,\u201d katanya<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian N.05 Matunggong di Dewan KDCA Matunggong Kampung Toporoi, di sini, pada Jumaat:<\/p>\n\n\n\n<p>Mesyuarat bahagian itu, yang pertama diadakan pada tahun ini, melibatkan 125 cawangan. Ia dihadiri seramai 600 ahli.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan menjadi perwakilan pada Kongres PBS yang akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengajak semua yang hadir untuk menghayati perjuangan PBS yang sekian lama telah diperjuangkan sejak awal penubuhan parti, iaitu memperjuangkan hak-hak orang asal Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai memorandum persefahaman (MoU) kerjasama antara PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) yang telah termeterai baru-baru ini, atau lebih dikenali sebagai BERSATU-SOLIDARITI (BEST), Dr. Joachim berkata, PBS dan STARSABAH mempunyai perjuangan yang sama dan kerjasama ini boleh menghindari sikap \u201ctebang-menebang\u201d dalam politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSampai bila kita mahu dipecah belah atau dipijak oleh kuasa luar?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita perlu bekerjasama demi mengukuhkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>PBS dan STARSABAH merupakan komponen GRS yang turut dianggotai oleh lima lagi parti tempatan iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Demokratik Sabah (LDP).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak ada satu parti yang boleh menguasai 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kita perlukan kawan-kawan untuk mentadbir Sabah,\u201d kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Joachim turut mengingatkan pemimpin akar umbi perlu masuk ke setiap kampung untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi rakyat dan mencari jalan penyelesaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama ialah Ketua Bahagian PBS Matunggong merangkap Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki; Setiausaha Kerja Eksekutif PBS, Mesilus Roman dan Ketua Pemuda merangkap Naib Presiden, Dr. Christoper Mandut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUDAT: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yakin parti dapat mempertahankan kemenangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. \u201cPBS Bahagian Matunggong mempunyai keahlian tidak kurang 10,000 orang dan Matunggong tidak boleh dikalahkan pada PRN akan datang,\u201d katanya Beliau berkata demikian ketika merasmikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28386,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28385","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28385"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28385\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28387,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28385\/revisions\/28387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28386"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}