{"id":2836,"date":"2021-03-27T18:39:01","date_gmt":"2021-03-27T10:39:01","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=2836"},"modified":"2021-03-27T18:39:14","modified_gmt":"2021-03-27T10:39:14","slug":"kerjasama-atau-tidak-itu-pilihan-umno-pm-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/03\/27\/kerjasama-atau-tidak-itu-pilihan-umno-pm-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Kerjasama atau tidak, itu pilihan UMNO &#8211; PM Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>MUAR: Keputusan UMNO sama ada mahu bekerjasama atau tidak dengan mana-mana parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)\u00a0adalah hak dan pilihan parti itu sendiri, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata\u00a0yang penting ialah\u00a0Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN) telah\u00a0menjalinkan kerjasama baik dengan semua parti demi kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cItu pandangan\u00a0UMNO\u2026 kalau buat keputusan begitu, itu hak mereka. Kalau mereka cakap tidak mahu bekerjasama dengan kita pun, pilihan mereka. Kalau\u00a0nak bekerjasama dengan kita pun, itu hak mereka.\u00a0<\/p>\n<p>\u201cKita (Bersatu) sejak dulu telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan semua parti sehingga akhirnya terbentuk kerajaan seperti yang kita lihat hari ini.Yang penting bagaimana\u00a0kita menghadapi masa depan,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas Pagoh fasa pertama di Galeri Jualan Sime Darby, di sini\u00a0hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin menjelaskan buat masa ini beliau lebih menumpukan pada permasalahan rakyat daripada berpolitik memandangkan isu pokok semasa ialah memastikan rakyat selamat dan sihat selain masalah ekonomi dapat ditangani.<\/p>\n<p>\u201cSaya tertumpu soal ini (berbanding soal politik), bukan tak boleh berpolitik, bukan saya tidak boleh berbahas, sebahagian besar kehidupan saya dalam politik. Saya boleh berbahas dengan siapa sahaja tetapi itu saya elakkan, kerana rakyat marah saya. Inipun jawab ini, ada yang marah nanti. Bukan saya takut.<\/p>\n<p>\u201c&#8230;kerana rakyat terkesan, hidup susah, makan tiada duit, makan tak cukup, ekonomi masih teruk\u2026 saya tidak tahu kenapa ahli-ahli politik tidak lihat itu sebagai satu dasar perjuangan yang perlu diberikan keutamaan. Bukan tidak penting kerusi, kalau tak cukup kerusi tidak boleh tubuh kerajaan, tak\u00a0apalah, kalau dia nak, ambillah 222 kerusi\u2026 menang semua kerusi, boleh bentuk kerajaan.<\/p>\n<p>\u201c\u2026 tapi kalau dia ambil semua, saya pun ambil semua. Lawan satu dengan satu, boleh juga. Lawan satu dengan dua pun boleh juga\u2026 ini politik. Oleh itu saya tidak mahu menyombong diri, bersikap angkuh nanti rakyat marah,\u201d kata Muhyiddin.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Ahli Parlimen Pagoh itu\u00a0tidak mahu\u00a0pertembungan politik yang sekali gus mengalihkan perhatian pokok kerajaan PN kepada soal yang lebih utama iaitu kepentingan rakyat pada masa ini.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden UMNO\u00a0Datuk\u00a0Seri Mohamad Hasan\u00a0semasa merasmikan\u00a0persidangan tiga sayap parti\u00a0itu serentak bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2020\u00a0hari ini, berkata\u00a0parti tersebut\u00a0tidak akan memperjudikan mana-mana kerusinya pada PRU15 kelak.<\/p>\n<p>Beliau dipetik sebagai berkata\u00a0kerusi UMNO\u00a0adalah kerusi UMNO \u2018dulu, kini dan selamanya\u2019, dan \u00a0bukan untuk dilepaskan\u00a0demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak\u00a0serta tidak akan mengalah atau melatah\u00a0soal berkenaan.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MUAR: Keputusan UMNO sama ada mahu bekerjasama atau tidak dengan mana-mana parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)\u00a0adalah hak dan pilihan parti itu sendiri, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata\u00a0yang penting ialah\u00a0Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN) telah\u00a0menjalinkan kerjasama baik dengan semua parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":2837,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[346,202],"class_list":{"0":"post-2836","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan","8":"tag-pn","9":"tag-umno"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2836","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2836"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2836\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2838,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2836\/revisions\/2838"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2837"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2836"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2836"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2836"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}