{"id":28345,"date":"2024-04-25T17:40:10","date_gmt":"2024-04-25T09:40:10","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=28345"},"modified":"2024-04-25T17:40:12","modified_gmt":"2024-04-25T09:40:12","slug":"shafie-nafi-adun-pembangkang-sabah-terima-peruntukan-tahunan-khas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/04\/25\/shafie-nafi-adun-pembangkang-sabah-terima-peruntukan-tahunan-khas\/","title":{"rendered":"Shafie nafi ADUN pembangkang Sabah terima peruntukan tahunan khas"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan bahawa ADUN pembangkang di Sabah menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri seperti yang diwar-warkan di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata peruntukan khas itu mungkin disalurkan melalui Pejabat Daerah tetapi yang pasti &#8220;ADUN pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan untuk pembangunan di kawasan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Gambaran yang dibuat di media sosial seolah-olah ADUN pembangkang dapat peruntukan itu tidak benar,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Shafie yang bertindak sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata demikian selepas menghadiri persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dipetik sebagai berkata bahawa peruntukan tahunan khas Adun diagihkan secara adil kepada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Hajiji berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM188.2 juta bagi Adun Sabah tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan negeri tidak meminggirkan kawasan diwakili Adun pembangkang daripada menerima peruntukan khas itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika ada keperluan, Adun pembangkang boleh secara langsung memohon kepada kerajaan, atau menerusi saya, kerana kami tiada masalah menerima dan mempertimbangkan permohonan sebegitu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Shafie turut membangkitkan isu ketirisan, terutamayang membabitkan Bank Pembangunan Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau meminta kerajaan negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap peminjam yang tidak membayar hutang mereka, sekali gus memastikan ia dibayar balik dalam kadar masa yang munasabah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan bahawa ADUN pembangkang di Sabah menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri seperti yang diwar-warkan di media sosial. Beliau berkata peruntukan khas itu mungkin disalurkan melalui Pejabat Daerah tetapi yang pasti &#8220;ADUN pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan untuk pembangunan di kawasan masing-masing. &#8220;Gambaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":28346,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-28345","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28345","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28345"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28345\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28347,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28345\/revisions\/28347"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28346"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28345"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28345"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28345"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}