{"id":2779,"date":"2021-03-25T21:57:19","date_gmt":"2021-03-25T13:57:19","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=2779"},"modified":"2021-03-25T21:59:11","modified_gmt":"2021-03-25T13:59:11","slug":"peristiwa-hitam-ketika-op-daulat-di-semporna-tidak-patah-semangat-hasnal-terus-berbakti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/03\/25\/peristiwa-hitam-ketika-op-daulat-di-semporna-tidak-patah-semangat-hasnal-terus-berbakti\/","title":{"rendered":"Peristiwa hitam ketika Op Daulat di Semporna tidak patah semangat Hasnal terus berbakti"},"content":{"rendered":"<p>MELAKA: Peristiwa hitam ketika bertugas dalam insiden serangan hendap penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013 masih segar dalam\u00a0ingatan DSP Mohamad Hasnal Jamil.<\/p>\n<p>Biarpun lapan tahun telah berlalu, malah parut\u00a0akibat kecederaan parah terkena tiga tembakan dan enam tetakan daripada musuh kekal berbekas hingga kini, ia tidak pernah mematahkan semangat juang pegawai berusia 39 tahun itu untuk terus berbakti kepada tanah air.<\/p>\n<p>\u201cSebagai anggota pasukan keselamatan yang telah berjanji taat setia, tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara adalah satu keutamaan yang perlu dipertahankan walaupun nyawa jadi taruhan.<\/p>\n<p>\u201cSaya lebih memikirkan negara lebih daripada segalanya kerana polis juga merupakan benteng negara. Kita hanya ada satu sahaja negara dan siapa lagi yang akan pertahankan kalau bukan kita sendiri,\u201d katanya ketika ditemui pada sambutan peringatan Hari Polis ke-214 Kontinjen Melaka\u00a0di Ayer Keroh, di sini\u00a0hari ini.<\/p>\n<p>Beliau merupakan penerima tunggal\u00a0sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) di negeri ini yang disampaikan oleh Ketua Polis Melaka\u00a0Datuk Abdul Majid\u00a0Mohd Ali.<\/p>\n<p>Mengimbas kembali berdepan detik mencemaskan ketika menyertai Op Daulat di pantai timur Sabah itu, Mohamad Hasnal berkata pada kejadian kira-kira 7.30 malam,\u00a0berlaku pertempuran dan berbalas tembakan\u00a0yang dimulai pihak musuh\u00a0tanpa henti selama 15 minit.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan saya dan ketua Allahyarham Supt\u00a0Ibrahim Lebar yang telah\u00a0cedera parah, saya ada bertanya kepada arwah\u00a0mengenai situasi semakin meruncing dan katanya kepada saya, kita lawan.<\/p>\n<p>\u201cJadi, kami lawan dan saya lihat satu\u00a0per satu rakan seperjuangan gugur, termasuk Allahyarham tuan Ibrahim yang cedera ditembak di tepi saya. Saya cuba membantunya apabila melihatnya masih hidup dan beliau sendiri tetap cuba gagahkan diri berusaha melawan musuh sebelum akhirnya\u00a0tertewas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malah, Mohamad Hasnal sendiri yang ketika itu turut cedera parah akibat ditetak pada kepala dan kedua-dua lengan sebelum ditembak di kedua belah tangan dan perut sehingga menembusi belakang badan tetap berjuang habis-habisan melawan musuh.<\/p>\n<p>Katanya, ia satu misi mempertahankan negara walaupun terpaksa bergadai nyawa dalam\u00a0insiden pencerobohan tersebut yang telah mengorbankan enam\u00a0anggota polis.<\/p>\n<p>\u201cMereka (penceroboh)\u00a0dakwa, mereka mahu ambil hak mereka semula tetapi Sabah adalah sebahagian daripada negara kita. Jadi, saya dan pasukan tekad menghalang pencerobohan itu yang merupakan pencabulan kepada kedaulatan negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya berserah ketika itu tetapi syukur alhamdulillah masih diberi peluang menikmati kehidupan hingga kini,\u201d katanya yang menerima tiga bulan rawatan akibatan kecederaan tersebut.&#8211; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Peristiwa hitam ketika bertugas dalam insiden serangan hendap penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013 masih segar dalam\u00a0ingatan DSP Mohamad Hasnal Jamil. Biarpun lapan tahun telah berlalu, malah parut\u00a0akibat kecederaan parah terkena tiga tembakan dan enam tetakan daripada musuh kekal berbekas hingga kini, ia tidak pernah mematahkan semangat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":2775,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-2779","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2779","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2779"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2779\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2801,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2779\/revisions\/2801"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2779"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2779"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2779"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}