{"id":27613,"date":"2024-03-28T16:36:11","date_gmt":"2024-03-28T08:36:11","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=27613"},"modified":"2024-03-28T16:36:12","modified_gmt":"2024-03-28T08:36:12","slug":"integrasi-nasional-kunci-kestabilan-dan-kesejahteraan-negara-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/28\/integrasi-nasional-kunci-kestabilan-dan-kesejahteraan-negara-ewon\/","title":{"rendered":"Integrasi nasional kunci kestabilan dan kesejahteraan negara – Ewon"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kesepaduan sosial dan integrasi nasional adalah kunci utama yang menyumbang kepada kestabilan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara.<\/p>\n\n\n\n
Selain itu katanya, perpaduan dalam kalangan rakyat juga adalah aset dan tonggak utama menjayakan pembentukan masyarakat dan negara MADANI.<\/p>\n\n\n\n
\u201cBagi merealisasikan aspirasi ini, sudah tentu menjadi keutamaan bagi semua pihak termasuk agensi kerajaan dan syarikat swasta lain untuk bersatu padu dan bekerjasama dalam membantu menggerakkan aktiviti masyarakat demi
kesejahteraan sosial.<\/p>\n\n\n\n
\u201cJusteru, saya memuji komitmen Bank Rakyat yang secara konsisten melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang memupuk semangat kekitaan dan kesejahteraan bersama yang bukan sahaja memberi manfaat kepada warga
kerja, malah komuniti yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada perniagaan semata-mata,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan 2024 Bank Rakyat, di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n
Ewon berkata, tema \u2018Tulus Ikhlas\u2019 yang dibawa oleh Bank Rakyat dengan peruntukan melebihi RM2.3 juta bagi m program bersempena bulan Ramadan dan Syawal menunjukkan keprihatinan dan kemampuan Bank Rakyat yang sentiasa berusaha memberi nilai tambah dan
perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan.<\/p>\n\n\n\n
Selain itu katanya, ini juga dapat dilihat menerusi perkhidmatan dan kemudahan perbankan, program latihan serta sumber
bantuan kewangan yang disalurkan oleh Bank Rakyat kepada usahawan dan koperasi selama ini telah menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara ini.<\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya optimis komitmen semua telah membuktikan kesepaduan antara semua pihak yang menjadi faktor utama dalam menyumbang kepada pencapaian memberangsangkan Bank Rakyat menelusuri 70 tahun penubuhannya,\u201d kata Ewon.<\/p>\n\n\n\n
Beliau juga merakamkan pebghargaan kepada Bank Rakyat atas sokongan dan
dedikasi terhadap sektor keusahawanan dan koperasi negara dalam mencapai
aspirasi Malaysia MADANI.<\/p>\n\n\n\n
\u201cSokongan dan kerjasama berterusan Bank Rakyat dalam ekosistem keusahawanan dan koperasi amat berharga bukan hanya untuk kemakmuran seseorang individu tetapi untuk kemajuan kolektif masyarakat
dan negara secara menyeluruh,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Ewon turut merakamkan ucapan tahniah kepada Dato\u2019 Dr. Mohammad Hanis atas penganugerahan Masterclass CEO of the Year yang diterima di Malaysia Top Achievers 2023 baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato\u2019 Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato\u2019 Sri Suriani Dato\u2019 Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Dato\u2019 Dr. Mohammad Hanis Osman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kesepaduan sosial dan integrasi nasional adalah kunci utama yang menyumbang kepada kestabilan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara. Selain itu katanya, perpaduan dalam kalangan rakyat juga adalah aset dan tonggak utama menjayakan pembentukan masyarakat dan negara MADANI. \u201cBagi merealisasikan aspirasi ini, sudah tentu menjadi keutamaan […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":27614,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-27613","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27613","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27613"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27613\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27615,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27613\/revisions\/27615"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27614"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}