{"id":27280,"date":"2024-03-19T21:03:22","date_gmt":"2024-03-19T13:03:22","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=27280"},"modified":"2024-03-19T21:03:24","modified_gmt":"2024-03-19T13:03:24","slug":"cuaca-sejuk-dan-berangin-tidak-halang-sekumpulan-pendaki-tawan-gunung-kinabalu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/19\/cuaca-sejuk-dan-berangin-tidak-halang-sekumpulan-pendaki-tawan-gunung-kinabalu\/","title":{"rendered":"Cuaca Sejuk dan Berangin Tidak Halang Sekumpulan Pendaki Tawan Gunung Kinabalu"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>RANAU: Cuaca dingin dan berangin tidak mematahkan semangat tujuh pendaki untuk meneruskan misi menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua pendaki yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita itu berjaya tiba di puncak pada pukul 7.00 pagi biarpun suhu berada pada negatif dua darjah celcius.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ialah Anthony Onggoi, Alandev Anthony, Jocelyn Marciana, Ashton Xander De Anthony, Ivy Marcella Kayawa, Tanjong @ Edith Embagos dan Christella Raymond dari kelab Aki Nabalu Tamparuli.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi peserta termuda Ashton, 12, perjalanan menuju ke puncak seakan dekat pada pandangan mata kasar namun hakikatnya masih jauh.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbekalkan niat, kesungguhan dan dan kata-kata semangat daripada ayahnya Anthony, Ashton antara yang pertama sampai ke puncak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun berangin selain suhu berada pada paras negatif dua darjah celcius, saya berjaya untuk naik ke atas puncak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berasa bangga dan tidak menjangka dapat menamatkan pendakian hingga ke puncak,\u201d katanya yang bersekolah di Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bantayan Tamparuli.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara, itu Jocelyn berkata, pengalaman mendaki Gunung Kinabalu adalah amat mencabar bagi mereka yang mendaki gunung tersebut untuk pertama kali.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sewaktu menuju ke puncak, beliau menggigil kesejukkan ditambah lagi dengan angin yang kuat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendakian ini amat memenatkan namun dalam masa yang sama menyeronokkan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terlebih dahulu kesemua mereka bermalam di Panalaban sebelum meneruskan pendakian pada Sabtu, jam 2.30 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Anthony selaku ketua rombongan ekspedisi mendaki memaklumkan, pengalaman mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu amat menguji mental.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun saya telah lebih 10 kali mendaki Gunung Kinabalu, namun saya masih merasakan bahawa pendakian ini cukup mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami terpaksa menggunakan sepenuh tenaga, lebih-lebih lagi pada ketika cuba bertahan dalam keadaan yang sejuk.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebenarnya pada ketika menghampiri puncak, kami ada mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas kerana situasi yang agak berangin dan dingin, namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat untuk menggapai ke puncak tertinggi dan berjaya mendapat sijil dan pingat daripada Taman Kinabalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih juga kepada malim gunung yang sentiasa memberikan arahan dan mengawal pergerakan kami sehingga pergi dan balik dengan selamat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendakian bermula pada Jumaat, bermula di Pondok Timpohon menuju ke Panalaban sebelum bermalam di Laban Rata.<\/p>\n\n\n\n<p>Ekspedisi menuju ke puncak Low bersambung pada jam 2.30 pagi, para pendaki diberikan taklimat oleh malim gunung sebelum bergerak ke puncak yang mengambil masa tiga ke empat jam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RANAU: Cuaca dingin dan berangin tidak mematahkan semangat tujuh pendaki untuk meneruskan misi menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini. Kesemua pendaki yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita itu berjaya tiba di puncak pada pukul 7.00 pagi biarpun suhu berada pada negatif dua darjah celcius. Mereka ialah Anthony Onggoi, Alandev Anthony, Jocelyn Marciana, Ashton [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":27281,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-27280","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27280","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27280"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27280\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27282,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27280\/revisions\/27282"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27281"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27280"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27280"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27280"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}