{"id":27175,"date":"2024-03-16T14:11:00","date_gmt":"2024-03-16T06:11:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=27175"},"modified":"2024-03-16T14:11:02","modified_gmt":"2024-03-16T06:11:02","slug":"menangani-kemiskinan-di-sabah-perlu-buta-politik-jangan-amalkan-politik-dendam-ronald","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/16\/menangani-kemiskinan-di-sabah-perlu-buta-politik-jangan-amalkan-politik-dendam-ronald\/","title":{"rendered":"Menangani kemiskinan di Sabah perlu buta politik, jangan amalkan politik dendam &#8211; Ronald"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beluran menegaskan isu kemiskinan di Sabah perlu buta politik dan jangan mengamalkan politik dendam dengan mendiskriminasikan kawasan tertentu hanya kerana perbezaan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, usaha-usaha kerajaan terdahulu perlu diteruskan kesinambungannya dan ditambah baik melalui idea-idea baharu dengan tumpuan mesti diberikan kepada kawasan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Keadilan sosio-ekonomi wajib dilaksanakan dengan pembangunan infrastruktur di lapan daerah di Sabah yang mencatatkan insiden kemiskinan tinggi mesti dipercepatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Berhentilah menuding jari. Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu fokuskan segala usaha secara bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kepesatan ekonomi Sabah seperti yang sering dilaung oleh kerajaan negeri perlu dimanfaat oleh rakyat yang berada di luar bandar,&#8221; katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ronald yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) berkata, kemiskinan merupakan isu sosio-ekonomi yang merentasi sempadan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia menuntut kepada kebertanggungjawaban semua pihak khususnya kerajaan, bagi merangka strategi terbaik untuk membolehkan masyarakat serta negara keluar daripada jerat kemiskinan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, adalah diakui kawasan Sabah ketinggalan berbanding negeri-negeri lain terutamanya dalam aspek kemajuan ekonomi dan pembangunan infastruktur.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kadar insiden kemiskinan 1.2 peratus di Sabah, iaitu enam kali ganda lebih tinggi berbanding kadar nasional 0.2 peratus, sebagaimana diumumkan Menteri Ekonomi perlu diterima dan dinilai secara matang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebab itu, isu kemiskinan dan jurang pembangunan yang ketara antara semenanjung dan Sabah berterusan diperjuangkan di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli parlimen dari Sabah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Ronald berkata, perlu dijelaskan bahawa kadar kemiskinan yang diumumkan kerajaan itu sebenarnya sudah jauh menurun.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) merekodkan insiden kemiskinan di Beluran 12.1 peratus, tetapi kini turun kepada lima peratus, manakala Tongod yang merupakan daerah termiskin juga merekodkan penurunan ketara daripada 19.7 peratus kepada 5.9 peratus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beluran menegaskan isu kemiskinan di Sabah perlu buta politik dan jangan mengamalkan politik dendam dengan mendiskriminasikan kawasan tertentu hanya kerana perbezaan politik. Menurutnya, usaha-usaha kerajaan terdahulu perlu diteruskan kesinambungannya dan ditambah baik melalui idea-idea baharu dengan tumpuan mesti diberikan kepada kawasan luar bandar. &#8220;Keadilan sosio-ekonomi wajib dilaksanakan dengan pembangunan infrastruktur di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":27176,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-27175","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27175","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27175"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27175\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27177,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27175\/revisions\/27177"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27176"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27175"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27175"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27175"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}