{"id":27085,"date":"2024-03-14T09:45:47","date_gmt":"2024-03-14T01:45:47","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=27085"},"modified":"2024-03-14T09:45:48","modified_gmt":"2024-03-14T01:45:48","slug":"warisan-dan-umno-sabah-masih-berteka-teki-di-kala-rakyat-menunggu-dengan-penuh-debaran-detik-prn-musli-oli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/14\/warisan-dan-umno-sabah-masih-berteka-teki-di-kala-rakyat-menunggu-dengan-penuh-debaran-detik-prn-musli-oli\/","title":{"rendered":"Warisan dan Umno Sabah masih berteka teki di kala rakyat menunggu dengan penuh debaran detik PRN &#8211; Musli Oli"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Jika kenyataan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini dianggap sebagai petunjuk, nampaknya kedua-dua parti itu mengambil pendekatan berhati-hati berhubung potensi kerjasama pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Shafie berkata perbincangan sedang berjalan antara partinya dan Umno Sabah untuk tujuan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung pula menunjukkan sikap berhati-hati dengan menyatakan Umno Sabah yang kini diberi autonomi oleh Umno pusat, masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya, parti itu mengambil langkah berhati-hati sebelum memuktamadkan sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan pihak lain termasuk Warisan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung sebelum ini turut menyatakan bahawa &#8220;UMNO Sabah dan BN tidak mahu dikhianati lagi&#8221; (takut pisang berbuah dua kali), sekaligus menunjukkan masih wujud rasa was-was selepas pengalaman bersama GRS dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan Shafie dan Bung itu seolah-olah membayangkan bahawa Warisan dan Umno Sabah masih mempertimbangkan strategi lain mengadapi PRN<br>Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis politik tempatan Musli Oli percaya bahawa, walaupun Warisan nampaknya berminat untuk membentuk pakatan dengan Umno Sabah, namun Umno masih menyimpan strategi sehinggalah DUN Sabah dibubarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mungkin terdapat beberapa pemimpin Umno Sabah yang masih teragak-agak atau ragu-ragu untuk bekerjasama dengan Warisan kerana kerjasama itu cuma memperkuat kedudukan Warisan. Peluang Shafie menjadi KM Sabah lebih baik daripada Bung&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Musli juga menyerlahkan beberapa pemimpin Umno Sabah takut dikhianati lagi, mengimbau pengalaman lalu dengan janji yang dimungkiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) pula telah memutuskan untuk bertanding secara bersendirian pada PRN akan datang tetapi tetap terbuka untuk membentuk pakatan bagi membentuk kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Parti-parti pembangkang di Sabah nampak berhati-hati mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan GRS yang semakin meningkat yang mereka anggap &#8220;gabungan parti lokal&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Buat masa ini, beliau berkata Pakatan Harapan (PH) nampaknya komited menyokong kerajaan GRS.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sebaik DUN dibubarkan, lebih-lebih lagi jika PH tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi pada PRN. Begitu juga parti-parti komponen GRS seperti SAPP dan USNO, mungkin bertindak di luar ramalan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Politik Sabah sukar diramal\u2026apapun boleh berlaku,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan, walaupun kini menjadi parti pemerintah atas dokongan PH, GRS tidak boleh leka dan tidak boleh mengambil ringan parti lawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya GRS perlu sedar bahawa parti politik seperti Warisan, Umno\/BN, PH, dan KDM mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu melakukan kejutan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, Musli menegaskan bahawa akhirnya rakyat akan menentukan parti mana yang harus mentadbir negeri selepas PRN.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkembangan ini cukup menarik, katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Jika kenyataan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini dianggap sebagai petunjuk, nampaknya kedua-dua parti itu mengambil pendekatan berhati-hati berhubung potensi kerjasama pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Sebelum ini, Shafie berkata perbincangan sedang berjalan antara partinya dan Umno Sabah untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":27086,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-27085","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27085","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27085"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27085\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27087,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27085\/revisions\/27087"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27086"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27085"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27085"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27085"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}