{"id":27051,"date":"2024-03-12T19:00:43","date_gmt":"2024-03-12T11:00:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=27051"},"modified":"2024-03-12T19:00:45","modified_gmt":"2024-03-12T11:00:45","slug":"pembinaan-dan-naik-taraf-jambatan-gantung-berdasarkan-permohonan-kerajaan-negeri-kepada-kkdw","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/12\/pembinaan-dan-naik-taraf-jambatan-gantung-berdasarkan-permohonan-kerajaan-negeri-kepada-kkdw\/","title":{"rendered":"Pembinaan dan naik taraf jambatan gantung berdasarkan permohonan Kerajaan Negeri kepada KKDW"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempunyai dua program melibatkan pembinaan baharu dan menaik taraf jambatan termasuk jambatan gantung kepada jambatan kekal.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) berkata, pembinaan dan penaiktarafan tersebut adalah melalui program Jalan Luar Bandar (JALB) dan Jambatan Luar Bandar (JMLB).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalau bagaimanapun, KKDW memaklumkan, kelulusan bagi pelaksanaan projek-projek di bawah kedua-dua program ini adalah berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan Kerajaan Negeri melalui kementerian tersebut sebelum diangkat kepada Kementerian Ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui program Jalan dan Jambatan Luar Bandar, sekurang-kurangnya terdapat 136 projek jambatan telah diluluskan pada tahun 2024 untuk dibina dan dinaiktaraf di negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi Parlimen Tuaran sahaja, terdapat tujuh projek jalan dan jambatan luar bandar telah diluluskan pada tahun 2024 dengan kos keseluruhan berjumlah RM210.15 juta,\u201d katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Madius dalam Soalan Lisan sempena Persidangan Parlimen Dewan Rakyat pada Isnin meminta KKDW menyatakan jumlah jambatan gantung di seluruh negara mengikut negeri, dan cadangan kementerian menaik taraf jambatan-jambatan gantung usang dan merbahaya yang menjadi laluan utama murid-murid ke sekolah-sekolah khususnya di pedalaman Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, KKDW dalam satu jawapan bertulis pagi ini memaklumkan bahawa kementerian tersebut tidak mempunyai data yang tepat untuk jumlah keseluruhan jambatan gantung di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInfrastruktur jambatan atau lintasan (crossing) sungai termasuk jambatan gantung di kawasan pedalaman Sabah seperti juga di negeri-negeri lain adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri iaitu sama ada di bawah kawalan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Jabatan Kerja Raya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalau bagaimanapun, kementerian ini menyedari bahawa perlunya Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, sentiasa peka dan mengambil tindakan drastik supaya isu jambatan uzur, usang dan sempit di kawasan desa dapat segera ditangani,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu Madius memaklumkan KKDW meminta kerjasama semua pihak di peringkat negeri Sabah agar dapat memastikan mana-mana jambatan gantung yang kritikal untuk dinaik taraf sebagai jambatan konkrit dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah untuk dimohon kepada kementerian berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeterusnya permohonan ini akan diangkat ke Kementerian Ekonomi untuk kelulusan pada jendela permohonan Rolling Plan (RP) setiap tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bagi memastikan tiada projek-projek jambatan yang kritikal dan berkeperluan mendesak terlepas daripada permohonan KKDW kepada Kementerian Ekonomi pada masa akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempunyai dua program melibatkan pembinaan baharu dan menaik taraf jambatan termasuk jambatan gantung kepada jambatan kekal. Ahli Parlimen, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) berkata, pembinaan dan penaiktarafan tersebut adalah melalui program Jalan Luar Bandar (JALB) dan Jambatan Luar Bandar (JMLB). \u201cWalau bagaimanapun, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":27052,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-27051","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27051","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27051"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27051\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27053,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27051\/revisions\/27053"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27052"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27051"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27051"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27051"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}