{"id":26983,"date":"2024-03-11T06:25:29","date_gmt":"2024-03-10T22:25:29","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26983"},"modified":"2024-03-11T06:25:30","modified_gmt":"2024-03-10T22:25:30","slug":"prn-sabah-umno-bn-hati-hati-jalin-kerjasama-takut-pisang-berbuah-dua-kali-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/11\/prn-sabah-umno-bn-hati-hati-jalin-kerjasama-takut-pisang-berbuah-dua-kali-bung-moktar\/","title":{"rendered":"PRN Sabah &#8211; UMNO\/BN hati-hati jalin kerjasama takut &#8220;Pisang Berbuah Dua Kali&#8221; &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>SANDAKAN : Bagi menghindari situasi \u201c Pisang Berbuah Dua Kali \u201c Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata pengajaran sebelum ini menjadi iktibar bila sumbangan serta jasa UMNO\/BN bagi memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk selepas PRN Ke-16 telah dinafikan demi kerasukan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini, walau kita pada ketika itu tinggal serumah namun bilik asing-asing ibarat melukut ditepi gantang, kali ini kita tidak mahu lagi selepas berunding nanti kita dikhianti,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Gerak 17 Umno Sabah DUN Sungai Manila pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Tueut hadir ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan ,Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin , Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dan ADUN Sungai Manlia Datuk Mokran Ingkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan turut mengakui perbincangan memang ada diadakan (tanpa menyembut parti mana), bagaimanapun pihaknya belum mengambil sebarang keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbincang dan memutuskan adalah dua perkara berbeza. Kita ingin melihat mana-mana parti yang kita rasa boleh membawa keuntungan dan pemimpin parti itu juga menghormati parti kita dan keputusan bersama.\u201d katanya<\/p>\n\n\n\n<p>Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, berkata Umno\/BN Sabah akan menjalin kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah, kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah,\u201d katanya<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Bung berkata BN Sabah telah melantik seramai 25 orang penyelaras bagi setiap Parlimen di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, cadangan melantik penyelaras tersebut telah lama dikemukakan di peringkat Majlis Tertinggi BN, bagaimanapun ia baharu diluluskan awal bulan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLama sudah kita cadangkan untuk pelantikan penyelaras BN di seluruh Parlimen, cuma BN Pusat belum ada masa untuk bermesyuarat. Pada 5 Mac, BN Pusat telah bermesyuarat dan mempersetujui pelantikan 25 penyelaras BN di seluruh parlimen di Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada saya ini adalah amat baik sebab penyelaras yang dilantik akan memanggil ketua-ketua di kawasan masing-masing untuk membincangkan hala tuju dan masa depan BN dalam berhadapan dengan pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun pilihan raya dijangkakan bulan September tahun depan, tetapi biasanya di Sabah kurang daripada 5 tahun. Oleh itu, kita perlu bersedia daripada awal untuk memastikan Umno dan BN benar-benar mampu untuk berlawan dalam pilihan raya akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN : Bagi menghindari situasi \u201c Pisang Berbuah Dua Kali \u201c Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang. Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata pengajaran sebelum ini menjadi iktibar bila sumbangan serta jasa UMNO\/BN [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26984,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26983","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26983","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26983"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26983\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26985,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26983\/revisions\/26985"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26984"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26983"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26983"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26983"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}