{"id":26926,"date":"2024-03-09T10:29:54","date_gmt":"2024-03-09T02:29:54","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26926"},"modified":"2024-03-09T10:29:56","modified_gmt":"2024-03-09T02:29:56","slug":"285-koloni-setinggan-di-sabah-melibatkan-33566-rumah-130397-penduduk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/09\/285-koloni-setinggan-di-sabah-melibatkan-33566-rumah-130397-penduduk\/","title":{"rendered":"285 koloni setinggan di Sabah, melibatkan 33,566 rumah, 130,397 penduduk"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan telah mengenal pasti bahawa secara keseluruhan terdapat sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh Sabah, melibatkan 33,566 buah rumah dan 130,397 penduduk. <\/p>\n\n\n\n
Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang telah dilantik oleh Kabinet Negeri sebagai Pengerusi jawatankuasa ini berlata, hanya tiga daerah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran yang tidak mempunyai koloni setinggan. <\/p>\n\n\n\n
Beliau menyarankan setiap daerah mempunyai pelan daerah bagi menangani setinggan-setinggan ini. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya ingin melihat lebih banyak daerah\/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sifar setinggan. Daerah\/PBT yang mempunyai banyak koloni setinggan hendaklah mencapai penurunan yang ketara menjelang akhir tahun 2025,\u201d kata Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.<\/p>\n\n\n\n
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Majlis Amanat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah 2024 di Hilton Kota Kinabalu Hotel, di sini, pada Jumaat (8 Mac).<\/p>\n\n\n\n
Dr. Joachim berkata, beliau juga telah mengarahkan agar semua PBT menyediakan kajian keperluan perumahan di PBT masing-masing serta mengenal pasti dan menyenaraikan tanah yang tersedia dibangunkan untuk pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR). <\/p>\n\n\n\n
Beliau turut mengambil perhatian mengenai usaha Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) untuk meningkatkan prestasi Jabatan. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya sendiri melihat ada perkembangan baik terutama proses penilaian dan kelulusan pembangunan dalam Majlis Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh saya sendiri.<\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya menyokong usaha berterusan JPBW untuk terus maju ke hadapan walaupun berhadapan dengan kekangan-kekangan seperti kekurangan kakitangan dan yang lain-lain. Walaupun berdepan dengan rintangan ini, kamu teruskan kerja yang cemerlang  sebab saya percaya kerja keras dan semangat yang tinggi akan tetap dilihat oleh pihak atasan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n
Dr. Joachim turut menekankan sekali lagi mengenai ketetapan Kerajaan Negeri bahawa Ketua-ketua Adat sedia ada diteruskan pelantikan mereka, kecuali ada usul penggantian oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan di kawasan tersebut. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya ambil maklum mengenai beberapa kesukaran dalam pelantikan Ketua-ketua Adat di beberapa daerah.<\/p>\n\n\n\n
\u201cPada umumnya, sekali lagi saya ingin menekankan mengenai ketetapan Kerajaan Negeri bahawa Ketua-ketua Adat sedia ada diteruskan pelantikan mereka, kecuali ada usul penggantian oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan di kawasan tersebut. <\/p>\n\n\n\n
\u201cUsul dan cadangan-cadangan tersebut hendaklah dibincangkan di dalam Jawatankuasa peringkat daerah, dipengerusikan oleh Pegawai Daerah sebelum senarai dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri untuk diserahkan kepada saya selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan,\u201d katanya, sambil mengucapkan tahniah atas kenaikan elaun kesemua Ketua-ketua Adat mulai September 2023.<\/p>\n\n\n\n
Dr Joachim mahu warga Kementerian, Jabatan, Agensi dan PBT meningkatkan integriti dalam penyampaian perkhidmatan yang merupakan tunjang dalam menjalankan apa yang diamanahkan kepada mereka semua. <\/p>\n\n\n\n
\u201cDengan berpaksikan kepada integriti dalam apa jua yang dilaksanakan ianya akan menjamin keberkesanan pelaksanaan tugasan harian. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya berharap agar semua warga Kementerian, Jabatan, Agensi dan PBT senantiasa menyematkan dalam diri semua kepentingan amalan integriti dalam menjalankan tanggungjawab. Dengan amalan ini, ia akan dapat memberi gambaran kepada rakyat di luar sana bahawa penjawat awam sentiasa telus dalam menyampaikan perkhidmatan kepada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Dr. Joachim juga mahu semua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah melipatgandakan usaha memperkasa PBT masing-masing dengan menitikberatkan khidmat kepada penduduk masing-masing. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya telah memulakan jelajah ke kesemua PBT di negeri Sabah dengan melawat Majlis Daerah Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan. Setakat ini, saya melihat bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh PBT lebih kurang sama. Antaranya ialah, mengenai kekurangan kewangan dan kakitangan. Kemudahan asas dan kemudahan PBT umumnya adalah usang dan tidak diselanggara dengan baik.

\u201cSaya memperingatkan para Presiden dan Pegawai Eksekutif kepada prinsip bahawa setiap PBT itu sepatutnya berusaha ke arah mandiri daripada segi kewangan, dan bukan hanya berharap kepada sumbangan dan pemberian daripada Kerajaan. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSemua PBT hendaklah berusaha menjana pendapatan dan mengelakkan pembaziran serta ketirisan. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSetiap PBT juga harus mempunyai senarai keutamaan projek-projek pembangunan, mengikut keperluan mendesak PBT masing-masing dan bukan mengikut senarai permohonan-permohonan daripada pihak luar. Kebersihan kawasan PBT masing-masing hendaklah sentiasa terjaga. <\/p>\n\n\n\n
\u201cPara Presiden dan Pegawai Eksekutif hendaklah mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah semasa, misalnya pembersihan berterusan dan tidak hanya menunggu sahingga konsesi-konsesi pembersihan telah dilantik.\u201d<\/p>\n\n\n\n
Beliau berkata, ada juga sesetengah PBT yang datang kerja sesuka hati tanpa mengikuti jadual masa penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n
\u201c\u201cThis is simply not to be tolerated\u201d. Sebagai makluman, pihak Kementerian akan mengadakan \u2018spot check\u2019 dari semasa ke semasa dan ini akan dijadikan salah satu penilaian prestasi kerja atau KPI.

\u201cSaya juga ingin memperingatkan PBT-PBT mengenai aduan awam yang sering sampai kepada saya mengenai tahap kebersihan, serta lampu-lampu jalan yang tidak menyala di waktu malam,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n
Beliau menyeru semua PBT untuk sentiasa proaktif mengambil tindakan pembaikan sebelum pun ada aduan. <\/p>\n\n\n\n
\u201cBegitu juga dengan kehadiran di pejabat oleh kakitangan PBT, termasuk pegawai-pegawai tingginya. Saya maklum dengan tanggapan awam bahawa para Presiden, Pegawai Eksekutif dan Pegawai-pegawai Kanan PBT sukar ditemui di pejabat. Saya mengambil berat perkara ini dan beberapa langkah akan diperkenalkan oleh Kementerian untuk memperbaiki perkara ini,\u201d katanya.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Anugerah Khas pada malam tersebut, Dr. Joachim berkata, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan satu platform untuk meraikan warga Kementerian yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun 2023. <\/p>\n\n\n\n
Beliau berharap agar pengiktirafan ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk mereka terus meningkatkan lagi kecemerlangan pada masa akan datang dan menjadi \u201crole model\u201d kepada rakan kerja yang lain. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSaya berharap penganugerahan ini akan memberi impak motivasi kerja yang positif kepada semua warga Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah kementerian dalam membentuk dan memantapkan lagi ekosistem pekerjaan yang cemerlang selaras dengan halatuju Kementerian dan Kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan bakti mereka yang bersara di sepanjang tempoh perkhidmatan. <\/p>\n\n\n\n
\u201cSemoga anda semua diberi kesihatan yang baik dan semoga tuan-tuan dan puan-puan sukses dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Kepada anda semua selamat menempuh alam persaraan.\u201d<\/p>\n\n\n\n
Turut hadir ialah Pembantu Menteri I, Datuk Isnin Aliasnih; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Setiausaha Politik Kementerian, Datuk Jonnybone J. Kurum; Timbalan Setiausaha Tetap I dan II, Stanley Chong dan Faridah Giau, Pengarah- pengarah Agensi Kementerian; Presiden- Presiden Majlis Perbandaran; Pegawai-Pegawai Eksekutif, dan seluruh warga kerja Kementerian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan telah mengenal pasti bahawa secara keseluruhan terdapat sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh Sabah, melibatkan 33,566 buah rumah dan 130,397 penduduk.  Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang telah dilantik oleh Kabinet Negeri sebagai Pengerusi jawatankuasa ini berlata, hanya tiga daerah iaitu Ranau, Kota Belud dan […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26927,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26926","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26926","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26926"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26926\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26928,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26926\/revisions\/26928"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26927"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26926"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26926"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26926"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}