{"id":26845,"date":"2024-03-06T10:31:38","date_gmt":"2024-03-06T02:31:38","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26845"},"modified":"2024-03-06T10:31:40","modified_gmt":"2024-03-06T02:31:40","slug":"kerjasama-rentas-kementerian-dan-parti-antara-platform-terbaik-bantu-rakyat-akar-umbi-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/06\/kerjasama-rentas-kementerian-dan-parti-antara-platform-terbaik-bantu-rakyat-akar-umbi-ewon\/","title":{"rendered":"Kerjasama rentas kementerian dan parti antara platform terbaik bantu rakyat akar umbi : Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Kerjasama rentas kementerian dan parti antara platform terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan fungsi, dasar, peranan, inisiatif dan program-program kementerian kepada rakyat peringkat akar umbi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu beliau berkata, kolaborasi antara kementeriannya dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan diteruskan untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama melibatkan dua pemimpin parti ini juga adalah mesej kepada rakyat bahawa kolaborasi merentasi parti dan kementerian untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat boleh dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPimpinan kementerian dan parti boleh bekerjasama menggunakan kekuatan di kementerian masing-masing demi rakyat Sabah yang selama ini bercakap tentang keperluan pembangunan keusahawanan dan keperluan pembangunan-pembangunan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada saya, jentera parti juga perlu terlibat dalam penyampaian maklumat kementerian kepada masyarakat akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu saya mencadangkan kepada Datuk Arthur (Datuk Arthur Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) untuk memulakan kerjasama ini sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan Madani ditubuhkan dan kita teruskan sehingga hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Kolaborasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan KPKM, di Hotel Promenade, di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP Datuk Zamri Salleh, ketua-ketua agensi KUSKOP dan KPKM.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, kerjasama seumpama itu boleh memberikan ruang yang lebih luas kepada rakyat menikmati apa yang disediakan oleh kedua-dua kementerian berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya amat yakin ini adalah satu bentuk kerjasama yang boleh membuka ruang kepada rakyat untuk menikmati hasil penglibatan kami di kementerian masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan melibatkan kedua-dua pimpinan tertinggi parti, pergerakan-pergerakan (Pemuda, Wanita dan Belia) boleh menjadi jentera penyampai maklumat kementerian kepada rakyat akar umbi di kawasan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda yang mengatakan kerjasama mahu diteruskan tetapi saya mengharapkan lebih daripada itu dan sebagai Presiden UPKO, kerjasama itu perlu terjemahan dengan jelas agar rakyat betul-betul dapat merasainya,\u201d kata Ewon.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Arthur menyatakan keyakinannya bahawa kerjasama antara KUSKOP dan KPKM dapat diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya yakin ini bukan penghujungnya tetapi akan menjadi satu titik permulaan kepada lebih banyak lagi usaha yang kita akan lipatgandakan bersama untuk membawa balik kepada rakyat Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sama-sama berbincang bagaimana menggunakan platform yang ada untuk membantu rakyat Sabah khususnya yang kami wakili,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kerjasama itu dimulakan sejak tahun lalu apabila Datuk Ewon melawat kawasan Pensiangan dan membantu usahawan di kawasan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sendiri telah membalas lawatan itu dengan mengadakan lawatan di Parlimen Penampang untuk membantu beberapa petani moden di bawah kapasiti saya ketika itu di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka sekarang, apabila saya dipindahkan ke kementerian pertanian, kita sekali lagi berbincang bagaimana menggunakan platform yang ada untuk melengkapkan keperluan rakyat melalui kedua-dua kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya melihat ini satu kolobarasi yang sangat sesuai diantara kementerian saya dengan KUSKOP di mana kita memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dalam bidang pertanian dan keusahawanan seterusnya membantu mereka meluaskan pasaran melalui sokongan kedua-dua kementerian,\u201d katanya.j<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerjasama rentas kementerian dan parti antara platform terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan fungsi, dasar, peranan, inisiatif dan program-program kementerian kepada rakyat peringkat akar umbi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. Sehubungan itu beliau berkata, kolaborasi antara kementeriannya dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan diteruskan untuk manfaat rakyat secara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26846,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26845","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26845","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26845"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26845\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26847,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26845\/revisions\/26847"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}