{"id":26806,"date":"2024-03-05T08:43:03","date_gmt":"2024-03-05T00:43:03","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26806"},"modified":"2024-03-05T08:43:05","modified_gmt":"2024-03-05T00:43:05","slug":"kerajaan-diminta-naik-taraf-ciqs-sempadan-sabah-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/03\/05\/kerajaan-diminta-naik-taraf-ciqs-sempadan-sabah-sarawak\/","title":{"rendered":"Kerajaan diminta naik taraf CIQS sempadan Sabah-Sarawak"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangani isu kesesakan di kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah-Sarawak khususnya di Sindumin-Merapok.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia menjadi pintu masuk laluan utama jajaran lebuh raya Pan-Borneo dan satu-satunya laluan rentas negara dengan Brunei Darussalam dan Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Justeru, langkah menaik taraf kemudahan di CIQS ini perlu disegerakan,&#8221; katanya berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut merujuk jawapan Perdana Menteri di persidangan Parlimen pada 10 Oktober 2023 ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Keningau).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dalam jawapan itu, Perdana Menteri turut menyatakan supaya proses naik taraf prasarana dan keupayaan CIQS di sempadan Sabah-Sarawak disegerakan menerusi peruntukan berjumlah RM1 bilion yang sudah diluluskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan sejauh mana kemajuan pelaksanaan projek menaik taraf itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Matbali turut membangkitkan beberapa isu di Sabah termasuk kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo jajaran Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hingga hari ini, pelaksanaannya di negeri kami masih sangat lambat dan menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita ingin tahu daripada Kementerian Kerja Raya, sejauh mana status kemajuan pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika kemajuannya jauh di bawah jangkauan, mungkin sudah tiba masanya kontraktor-kontraktor pelaksana ini dinilai semula,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut bertanya berapa jumlah pakej Pan Borneo di Sabah yang belum diberikan tender.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai isu di kawasan Parlimen Sipitang, Matbali meminta penjelasan mengenai status pelaksanaan Projek Jalan Raya Mendulong-Meligan-Long Pasia serta masalah elektrik solar hibrid di Long Pasia yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kedua-dua kemudahan itu penting bagi penduduk di situ yang menantikannya sejak berdekad-dekad lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, beliau juga meminta supaya Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan canggih.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat serta mengambil kira kedudukan geografi Sipitang yang sangat luas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Baru-baru ini, berlaku beberapa siri kebakaran akibat cuaca panas, dan kita difahamkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang menghadapi cabaran kritikal akibat kekurangan kelengkapan, jentera dan seumpamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apabila mereka mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat terdekat di daerah Beaufort, malangnya mereka juga menghadapi kekangan yang serupa,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, katanya, sudah tiba masanya bagi Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang dinaik taraf.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangani isu kesesakan di kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah-Sarawak khususnya di Sindumin-Merapok. Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia menjadi pintu masuk laluan utama jajaran lebuh raya Pan-Borneo dan satu-satunya laluan rentas negara dengan Brunei Darussalam dan Indonesia. &#8220;Justeru, langkah menaik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26807,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26806","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26806","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26806"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26806\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26808,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26806\/revisions\/26808"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26807"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26806"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26806"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26806"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}