{"id":26687,"date":"2024-02-29T13:04:11","date_gmt":"2024-02-29T05:04:11","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26687"},"modified":"2024-02-29T13:04:13","modified_gmt":"2024-02-29T05:04:13","slug":"kerajaan-diingatkan-laksana-ma63-sebelum-julai-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/02\/29\/kerajaan-diingatkan-laksana-ma63-sebelum-julai-2024\/","title":{"rendered":"Kerajaan diingatkan laksana MA63 sebelum Julai 2024"},"content":{"rendered":"\n

\u00a0
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat sekali lagi diingatkan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sebelum ini diumumkan bakal dilaksanakan sepenuhnya menjelang Julai tahun ini.
\u00a0
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) berkata, sepatutnya tumpuan pada ketika ini difokuskan kepada penyediaan mekanisme pelaksanaan dan bukannya masih di peringkat rundingan.
\u00a0
\u201cSebagai contoh, pelaksanaan \u2018revenue sharing\u2019 dalam Perkara 112C dan Seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iaitu pemberian Hak Perlembagaan kepada Sabah untuk mendapatkan \u2156 ataupun 40% daripada jumlah pungutan hasil persekutuan daripada Sabah.
\u00a0
\u201cWalaupun perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan di Dewan Yang Mulia ini, namun Hak Perlembagaan Sabah ini telah dinafikan sejak sekian lama.
\u00a0
\u201cNamun, Tuaran tetap berharap agar jaminan pelaksanaan hak Sabah ini dilaksanakan sebelum Julai 2024 dapat ditunaikan seperti yang diumumkan,\u201d katanya dalam ucapan perbahasan di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
\u00a0
Madius berkata, pada ketika kenyataan-kenyataan seperti, \u201ckita adalah generasi pelaksana, oleh itu laksanakan saja MA63 tidak perlu lagi dirunding\u201d terus berkumandang, namun hakikatnya sehingga kini masih ada yang belum dilaksanakan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah dan Sarawak.
\u00a0
Dalam hal ini katanya, dua perkara yang perlu dielakkan iaitu proviso Perkara 112C tidak dikelirukan dengan proviso Perkara 112D.
\u00a0
\u201cPada Tuaran, Perkara 112D hanya berbangkit apabila Perkara 112C telah diterima dan diiktiraf sebagai hak Sabah dan kerajaan bersetuju untuk melaksanakannya.
\u00a0
\u201cJika sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak melaksanakan perkara 112C, maka perkara 112D tidak berbangkit.
\u00a0
\u201cTetapi apabila dibentangkan pewartaan tempoh hari berkenaan dengan perkara ini, yang diungkit dan dibangkitkan ialah 112D yang sepatutnya tidak berbangkit kerana ia tidak dirujuk langsung tentang hak perlembagaan Sabah iaitu 112C.
\u00a0
\u201cDan yang kedua, bahawa Hak Perlembagaan Sabah dalam Perkara 112C ini adalah istimewa kepada Sabah sahaja,\u201d jelas bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu lagi.
\u00a0
Ujarnya, pewartaan Warta Kerajaan Persekutuan Pada 20 April 2022 iaitu Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) Tahun \u00a02022, tidak ada kena mengena dengan langkah melaksanakan hak Perlembagaan Sabah dalam Hal Perkongsian Hasil.
\u00a0
\u201cDemikian juga pada Warta Kerajaan Persekutuan Pada 24 November 2023 iaitu Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) Tahun 2023.
\u00a0
\u201cOleh itu, Tuaran meminta Kerajaan Persekutuan supaya mengambil langkah-langkah positif untuk menyediakan mekanisme melaksanakan tuntutan Hak Perlembagaan Sabah tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
\u00a0KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat sekali lagi diingatkan tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sebelum ini diumumkan bakal dilaksanakan sepenuhnya menjelang Julai tahun ini.\u00a0Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO \u2013 Tuaran) berkata, sepatutnya tumpuan pada ketika ini difokuskan kepada penyediaan mekanisme pelaksanaan dan bukannya masih di peringkat rundingan.\u00a0\u201cSebagai contoh, pelaksanaan \u2018revenue sharing\u2019 dalam Perkara […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26688,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26687","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26687","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26687"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26687\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26689,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26687\/revisions\/26689"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26688"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26687"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26687"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26687"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}