{"id":26487,"date":"2024-02-21T05:21:36","date_gmt":"2024-02-20T21:21:36","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26487"},"modified":"2024-02-21T05:21:38","modified_gmt":"2024-02-20T21:21:38","slug":"perhimpunan-kuskop-dianjur-di-negeri-negeri-semai-semangat-kebersamaan-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/02\/21\/perhimpunan-kuskop-dianjur-di-negeri-negeri-semai-semangat-kebersamaan-ewon\/","title":{"rendered":"Perhimpunan KUSKOP dianjur di negeri-negeri, semai semangat kebersamaan: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA TERENGGANU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, penganjuran perhimpunan bulanan kementerian itu di negeri-negeri dapat menyemai semangat kebersamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, selain dapat mengukuhkan kerjasama dalam kalangan warga KUSKOP, perhimpunan itu juga satu platform untuk menemui warga kementerian dan agensi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah ruang saya untuk menyampaikan aspirasi kementerian dan kerajaan secara langsung kepada pegawai-pegawai di peringkat negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBuat julung kalinya, majlis perhimpunan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini adakan di peringkat negeri dan di luar Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKementerian selalunya mengadakan perhimpunan di Putrajaya tetapi kita kembangkan ke negeri-negeri kerana pada pandangan saya, di Putrajaya kita berjumpa setiap minggu, mesyuarat pasca kabinet. Dengan itu saya merasakan wajar untuk kita ke negeri-negeri, ke wilayah-wilayah untuk menyampaikan perkongsian daripada kementerian dan juga daripada pimpinan utama negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan KUSKOP Bersama Warga KUSKOP dan Agensi-Agensi Negeri Terengganu Tahun 2024, di Hotel Raia, di sini, pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan)<br>Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan pemantauan) KUSKOP Noor Afifah Abdul Razak, Setiausaha Bahagian Kementerian dan Ketua-Ketua Agensi Negeri dan warga kementerian serta agensi di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, Terengganu dipilih sebagai negeri pertama mengadakan perhimpunan kementerian di luar Putrajaya sempena lawatan kerjanya selama dua hari di negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMuafakat yang dipupuk akan dapat memperkukuhkan hubungan dan semangat kerjasama dalam perkhidmatan kita semua.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTanpa sumbangan dan kerjasama daripada warga KUSKOP dan agensi di peringkat negeri, tidak mungkin kementerian kita dapat mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memastikan sektor keusahawanan dan koperasi di negara ini terus berkembang maju dan cemerlang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai lawatan dua hari di Terengganu, Ewon berkata, kesemua usahawan menghargai usaha agensi-agensi kementerian yang membantu mereka dan menyediakan modal memulakan perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui pertemuan saya dengan usahawan-usahawan ini, mereka menghargai agensi yang telah membantu mereka dan banyak yang telah berkembang daripada perusahaan kecil kepada skala yang lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDua daripada usahawan yang saya kunjungi memerlukan bantuan perolehan mesin-mesin baharu untuk meningkatkan lagi produktiviti mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam hal ini, saya telah meminta SME Corp untuk membantu kedua-dua usahawan yang dibangunkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInilah kerjasama yang saya hasratkan di semua agensi di bawah kementerian, supaya kita saling melengkapan antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu sebabnya saya memilih untuk mengadakan perhimpunan bulanan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan di negeri-negeri supaya tidak hanya bertumpu kepada perhimpunan kita di Putrajaya tetapi kita turun ke lapangan untuk melawat usahawan bagi melengkapkan keperluan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, penganjuran perhimpunan bulanan kementerian itu di negeri-negeri dapat menyemai semangat kebersamaan. Beliau berkata, selain dapat mengukuhkan kerjasama dalam kalangan warga KUSKOP, perhimpunan itu juga satu platform untuk menemui warga kementerian dan agensi. \u201cIni adalah ruang saya untuk menyampaikan aspirasi kementerian dan kerajaan secara langsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26488,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26487","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26487","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26487"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26487\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26489,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26487\/revisions\/26489"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26488"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26487"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26487"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26487"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}