{"id":26447,"date":"2024-02-19T18:14:16","date_gmt":"2024-02-19T10:14:16","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26447"},"modified":"2024-02-19T18:14:18","modified_gmt":"2024-02-19T10:14:18","slug":"iswami-perkukuh-hubungan-media-wartawan-indonesia-dan-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/02\/19\/iswami-perkukuh-hubungan-media-wartawan-indonesia-dan-malaysia\/","title":{"rendered":"ISWAMI perkukuh hubungan media, wartawan Indonesia dan Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>HARI PERS: Rombongan media Malaysia bergambar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>JAKARTA: Hubungan antara media dan sesama wartawan di Indonesia dan Malaysia kini bertambah kukuh menerusi jalinan kerjasama erat Ikatan Setiakawan Wartawan Indonesia-Malaysia (ISWAMI).<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui, berkata hal ini menjadi nyata lantaran wujudnya hubungan akrab antara ISWAMI Indonesia dan Malaysia yang kini disuburkan lagi pada era digitalisasi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Menerusi ISWAMI, hubungan antara organisasi media di Indonesia dan Malaysia semakin dekat, apatah lagi kedua-dua negara seumpun ini mempunyai banyak persamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bermula dengan hubungan antara ketua pengarang (pamred), kini jalinan itu diperluaskan ke peringkat wartawan kedua-dua negara pula,&#8221; katanya setiba di sini semalam bagi menghadiri program Jejak Serumpun ISWAMI sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 dan Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia, selama tiga hari sehingga Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi media Malaysia diketuai oleh Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Isnin lepas, ISWAMI Malaysia menggerakkan sekumpulan 15 wartawan Malaysia bagi menyertai program sama, termasuk menghadiri pelbagai dialog berkaitan pembangunan serta kemajuan Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Dialog dan pertemuan itu bertujuan membina keakraban dalam kalangan wartawan kedua-dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Lichong yang juga Ahli Majlis Pentadbir ISWAMI Malaysia mengakui ISWAMI antara platform yang banyak memainkan peranan penting kedua-dua negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini adalah wadah interaksi dan komunikasi berkesan dalam meleraikan banyak hal yang melibatkan kepentingan dua hala Indonesia-Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Daripada isu-isu sosial, migran dan hak asasi sehingga pada soal ekonomi dan geopolitik dapat dijernihkan menerusi ISWAMI sebelum keadannya menjadi keruh,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menghargai dukungan pemerintah kedua-dua negara kepada usaha ISWAMI seperti diterjemahkan menerusi sokongan kepada penganjuran HPN Indonesia dan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>ISWAMI ditubuhkan pada 2005 untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara, selepas kemunculan pelbagai isu termasuk tuntutan pemilikan bertindih Ambalat, sempadan dan buruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pengasas dan penerajunya di Malaysia terdiri daripada Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Zakaria Abdul Wahab, Datuk Zulkefli Salleh, Datuk Zulkifli Hamzah dan Datuk Mokhtar Hussain.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala dari Indonesia, pendirinya termasuk Tarman Azzam, Syaiful Hadi, Syamsuddin Ch. Haesy, Ilham Bintang dan Asro.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HARI PERS: Rombongan media Malaysia bergambar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta semalam. JAKARTA: Hubungan antara media dan sesama wartawan di Indonesia dan Malaysia kini bertambah kukuh menerusi jalinan kerjasama erat Ikatan Setiakawan Wartawan Indonesia-Malaysia (ISWAMI). Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui, berkata hal ini menjadi nyata lantaran wujudnya hubungan akrab [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26448,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26447","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26447","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26447"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26447\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26449,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26447\/revisions\/26449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26448"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26447"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26447"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26447"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}