{"id":26222,"date":"2024-02-09T16:27:28","date_gmt":"2024-02-09T08:27:28","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=26222"},"modified":"2024-02-09T16:27:29","modified_gmt":"2024-02-09T08:27:29","slug":"ewon-mahu-penduduk-kadamaian-daftar-padu-sediakan-peruntukan-rm32-ribu-flying-squad-uppm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/02\/09\/ewon-mahu-penduduk-kadamaian-daftar-padu-sediakan-peruntukan-rm32-ribu-flying-squad-uppm\/","title":{"rendered":"Ewon mahu penduduk Kadamaian daftar PADU, sediakan peruntukan RM32 ribu \u2018flying squad\u2019 UPPM"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menggesa penduduk di seluruh Kadamaian untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di Pangkalan Data Utama (PADU).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pendaftaran PADU sangat penting supaya tiada rakyat yang tercicir dalam program bantuan kerajaan yang akan menggunakan data di PADU.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya terlibat membuat keputusan memperkenalkan PADU di Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Kabinet Persekutuan. Tujuannya adalah menyelaras data-data rakyat sedia ada di pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan untuk digunakan bagi penyasaran semula subsidi dan penyaluran bantuan kerajaan seperti sumbangan tunai rahmah, subsidi elektrik dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, selaku ADUN Kadamaian, saya tidak mahu melihat ada rakyat di sini yang tercicir daripada bantuan kerajaan kerana mereka tidak mendaftar dengan PADU.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengarahkan kedua-dua pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian menjadi \u2018flying squad\u2019 membantu urusetia PADU Kota Belud turun ke kampung-kampung bagi mendaftarkan penduduk. Saya sediakan peruntukan RM32,000 daripada touchpoint ADUN untuk tujuan ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata demikian semasa menyampaikan amanat dalam sesi taklimat pendaftaran PADU kepada Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) Kadamaian di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah PPM Kadamaian Demis Rumanti dan Saikom Watis serta Penyelaras PADU Kota Belud Jamrus Iman.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon turut menyatakan harapan agar Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JPKK membantu flying squad tersebut untuk mendaftarkan penduduk di kampung masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan tiada rakyat Kadamaian tercicir dalam program bantuan kerajaan. Peranan Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK sangat penting bagi mencapai tujuan ini dan mesti membantu urusetia PADU dan flying squad UPPM yang kita tubuhkan bagi gerakan pendaftaran PADU di seluruh Kadamaian,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menggesa penduduk di seluruh Kadamaian untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di Pangkalan Data Utama (PADU). Beliau berkata, pendaftaran PADU sangat penting supaya tiada rakyat yang tercicir dalam program bantuan kerajaan yang akan menggunakan data di PADU. \u201cSelaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya terlibat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":26223,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-26222","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26222","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26222"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26222\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26224,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26222\/revisions\/26224"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26223"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26222"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26222"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26222"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}