{"id":25672,"date":"2024-01-20T05:09:46","date_gmt":"2024-01-19T21:09:46","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=25672"},"modified":"2024-01-20T05:09:47","modified_gmt":"2024-01-19T21:09:47","slug":"umno-sabah-bersama-barisan-pembangkang-mampu-cipta-kejutan-dalam-prn-akan-datang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2024\/01\/20\/umno-sabah-bersama-barisan-pembangkang-mampu-cipta-kejutan-dalam-prn-akan-datang\/","title":{"rendered":"UMNO Sabah bersama barisan pembangkang mampu cipta kejutan dalam PRN akan datang"},"content":{"rendered":"\n
<\/p>\n\n\n\n
KOTA KINABALU: UMNO Sabah  bersama rakan-rakan dalam kompenan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang Sabah mampu melakukan kejutan pada PRN akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata UMNO memiliki kekuatan tersendiri berdasarkan sokongan akar umbi berdasarkan struktur parti dan sokongan rakyat.

\u201cBegitu juga dengan kompenan BN. Manakala, parti pembangkang di Sabah memiliki sokongan rakyat tersendiri terutamanya di bandar dan luar bandar.

Suhaimi menjelaskan tahun lalu dia (Hajiji) membentuk parti sepatutnya tidak lagi memikirkan isu politik. Akibat terlalu memikirkan soal politik negeri, akhirnya pentadbiran negeri Sabah akan terabai dan masalah rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri (GRS).

\u201cDalam tempoh 3 tahun, kerajaan negeri yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Sabah telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM19.03 billion dan menerima peruntukan pembangunan persekutuan RM18.4 billion.

\u201cWalaupun memiliki dana yang besar tetapi masalah kemudahan asas seperti jalanraya, isu air, elektrik masih membelenggu rakyat Sabah. Kita semua maklum, jalanraya sana sini berlubang dan rosak\u2026 rakyat amat marah dan gagal diselesaikan. Ini belum kita cerita tentang masalah air, elektrik dan lain-lain isu. Mereka hanya memikirkan politik dan menaikkan papan tanda Sabah Maju Jaya di seluruh Sabah\u201d, katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor tidak gentar lawan gabungan Warisan dan UMNO pada PRN.

Minggu lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan, UMNO Sabah belum membincangkan kerjasama dengan mana-mana parti untuk menghadapi PRN Sabah.

Dalam amanat kepada pemimpin-pemimpin bahagian UMNO Sabah, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut memperjelaskan UMNO Sabah hanya memikirkan pemantapan parti di sebuah peringkat dan selepas DUN bubar baru memikirkan kerjasama politik dengan parti lain.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran menegaskan kenyataan yang dibuat oleh Hajiji jelas menunjukkan kegusarannya sekiranya kerjasama politik UMNO dan Warisan menjadi kenyataan.

\u201cUMNO Sabah menjalinkan kerjasama pada PRN akan datang, itu bukan urusan orang luar. Siapa kawan siapa lawan, UMNO Sabah akan bekerjasama dengan rakan yang ikhlas dan berprinsip dalam perjuangan.

\u201cBila masa sahaja , GRS membubarkan DUN.. kita telah siap sedia untuk menghadapi PRN ke17 dan memperkukuhkan barisan hadapan. Sama ada satu lawan satu ataupun perlawanan tiga penjuru,\u201d katanya.

Suhaimi memberitahu persediaan UMNO Sabah yang memiliki autonomi sendiri akan memilih calon-calon bukan dari jenis orang pengkhianat, kita tidak mahu menang bersorak kampung tergadai.

Gambar
SUHAIMI NASIR<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"
KOTA KINABALU: UMNO Sabah  bersama rakan-rakan dalam kompenan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang Sabah mampu melakukan kejutan pada PRN akan datang. Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata UMNO memiliki kekuatan tersendiri berdasarkan sokongan akar umbi berdasarkan struktur parti dan sokongan rakyat. \u201cBegitu juga dengan kompenan BN. Manakala, parti pembangkang di Sabah memiliki sokongan […]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":25653,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-25672","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25672","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25672"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25672\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25674,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25672\/revisions\/25674"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25653"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25672"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25672"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25672"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}