{"id":24996,"date":"2023-12-08T18:46:53","date_gmt":"2023-12-08T10:46:53","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24996"},"modified":"2023-12-08T18:46:54","modified_gmt":"2023-12-08T10:46:54","slug":"upko-kemuka-cadangan-mekanisme-pembayaran-semula-40-hasil-persekutuan-kepada-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/12\/08\/upko-kemuka-cadangan-mekanisme-pembayaran-semula-40-hasil-persekutuan-kepada-sabah\/","title":{"rendered":"Upko kemuka cadangan mekanisme pembayaran semula 40% hasil persekutuan kepada Sabah"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, parti itu akan mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran semula 40% hasil persekutuan kepada Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, dalam hal ini, UPKO akan mengadakan satu perbincangan meja bulat melibatkan pakar-pakar berkaitan, pada 19 Disember ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPKO akan mengadakan satu perbincangan meja bulat melibatkan beberapa pakar perakaunan, percukaian, pengauditan, bekas majistret, pengamal undang-undang, dan kita akan mengemukakan syor mekanisma kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan mengemukakan dapatan hasil perbincangan ini apabila menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan bersidang pada awal tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFormulanya sudah ada iaitu berdasarkan 40% daripada kutipan hasil persekutuan di Sabah, tinggal lagi mekanisme pelaksanaan. Ini mesti diselesaikan oleh para pemimpin Sabah dan mesti ada permulaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita berbincang mengenai hasil secara langsung yang dipungut oleh pejabat-pejabat hasil di Sabah bersekali dengan hasil secara tidak langsung, sudah tentu ia akan melibatkan proses yang lama kerana melibatkan interpretasi ke atas banyak perundangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka ia akan melanjutkan tempoh masa yang telah diputuskan oleh kerajaan iaitu satu tahun bermula daripada Julai tahun ini hingga Julai tahun depan untuk memuktamadkan mekanisme.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada saya, kita harus mengisi tempoh masa itu dengan cadangan-cadangan mekanisme bagaimana pembayaran semula 40% kepada Sabah. Contohnya, adakah rakyat Sabah bersedia menerima jumlah peruntukan yang lebih rendah daripada yang diberikan sekarang bagi memastikan penbayaran semula 40% itu dapat dibuat?\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Coffee Cactus Produk Koperasi Peniaga Usahawan Inanam Berhad (KOUPIO) sempena Program Pempromosian dan Penggalakan Koperasi Peringkat Parlimen Sepanggar Tahun 2023 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, para pemimpin Sabah perlu mengurangkan polemik politik sebaliknya bersama-sama mengemukakan cadangan bagaimana melaksanakan 40 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita mahu bercakap mengenai 40 peratus, apa cadangan dan bagaimana mekanisme ia boleh dilaksanakan. Saya fikir ini ada kelompongan sepanjang kita berbicara mengenai perkara ini kerana kita hanya mahu menuntut 40% itu tanpa cadangan konkrit mengenai mekanismenya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKadang-kadang kerajaan persekutuan, contohnya Kementerian Kewangan mengemukakan cadangan tetapi kita tidak setuju dan pada masa yang sama, kita tidak menyatakan cadangan balik untuk melaksanakan tuntutan 40 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, kerajaan persekutuan sekarang telah memutuskan tempoh masa satu tahun memuktamadakan mekanisme pembayaran semula hasil persekutuan kepada Sabah dan parti UPKO ingin memberi sumbangan positif kepada proses tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbeza dengan pentadbiran kerajaan-kerajaan sebelum ini, kerajaan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan tempoh masa untuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri memuktamadkan perkara ini. Sebagai Ahli Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 dan Anggota Kabinet, saya akan menggunakan semua platform yang ada ini untuk merekodkan cadangan mekanisme pelaksanaan 40% tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, parti itu akan mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran semula 40% hasil persekutuan kepada Sabah. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, dalam hal ini, UPKO akan mengadakan satu perbincangan meja bulat melibatkan pakar-pakar berkaitan, pada 19 Disember ini. \u201cUPKO akan mengadakan satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24997,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24996","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24996","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24996"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24996\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24998,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24996\/revisions\/24998"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24996"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24996"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24996"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}