{"id":24871,"date":"2023-12-03T14:48:07","date_gmt":"2023-12-03T06:48:07","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=24871"},"modified":"2023-12-03T14:48:09","modified_gmt":"2023-12-03T06:48:09","slug":"program-bimbingan-insken-sepanjang-2023-catat-peningkatan-jualan-rm13-3-juta-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2023\/12\/03\/program-bimbingan-insken-sepanjang-2023-catat-peningkatan-jualan-rm13-3-juta-ewon\/","title":{"rendered":"Program bimbingan INSKEN sepanjang 2023 catat peningkatan jualan RM13.3 juta: Ewon"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program-program bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sepanjang tahun 2023 berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak RM13.3 juta daripada 809 peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ia dicapai hasil usaha dan penglibatan kukuh semua pihak termasuk Industry Coach INSKEN dan pasukan kerja INSKEN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara keseluruhan, saya amat bangga dan gembira dengan pencapaian program-program bimbingan INSKEN sepanjang tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada tahun ini pihak kementerian menerima banyak input secara terus melalui sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan mewakili persatuan, dewan perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), koperasi dan agensi-agensi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntaranya mereka mahu lebih banyak latihan keusahawanan dianjurkan kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana termasuk usahawan informal. Justeru, saya melihat peranan INSKEN amat besar dalam membantu kelangsungan para usahawan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2023 iaitu Program Bimbingan Usahawan Permulaan (Start-Up Coaching), INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Program Bimbingan Keuntungan Menu, di Tenera Hotel Bangi, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato\u2019 Sri Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kuskop Noor Afifah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis itu seramai 484 usahawan berjaya menamatkan program-program bimbingan INSKEN yang berlangsung antara 3 hingga 6 bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ewon berkata, pendekatan program INSKEN yang berkonsepkan daripada usahawan kepada usahawan menunjukkan kejayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram-program bimbingan INSKEN ini dijayakan oleh Industry Coach yang merupakan pemain atau pakar dalam sesuatu industri. Oleh itu, dengan pengalaman serta kepakaran mereka sepanjang berkecimpung dalam industri tersebut, ia dapat dimanfaatkan serta disalurkan melalui teknik bimbingan kepada para peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan ini memberikan perkembangan positif melalui keberhasilan program yang diukur pada akhir program,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, peserta bimbingan INSKEN berjaya meningkatkan skor diagnostik perniagaan sebanyak 188 peratus hasil daripada Program Start-Up Coaching serta RM8.6 juta peningkatan jualan daripada Program IBBC dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLanjutan itu, 55 peratus peserta daripada Program IBBC dan Program Bimbingan Keuntungan Menu telah mencatatkan peningkatan jualan melebihi 20 peratus dan 156 pekerjaan baru telah dicipta melalui Program IBBC.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih membanggakan apabila nilai gandaan dicipta daripada Program IBBC dan Program Bimbingan Keuntungan Menu adalah 4.2. Ini bermaksud, setiap RM1 yang dibelanjakan, pulangan kepada ekonomi dicipta adalah RM4.20 melalui kedua-dua program tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu katanya, seramai 13 usahawan berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga bertukar status perniagaan daripada kategori mikro kepada kecil, dimana purata jualan selepas program tamat adalah RM388,000.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya gembira melihat kemajuan usahawan tempatan sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program bimbingan INSKEN dijayakan dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) meliputi pelbagai negeri di seluruh negara daripada Sabah, Sarawak, Perak, Johor, Selagor, Kuala Lumpur dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHasil kolaborasi ini dapat membantu meningkatkan prestasi sahabat-sahabat AIM ke peringkat seterusnya dan memberikan impak positif kepada ekosistem keusahawanan negara kita,\u201d kata Ewon.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program-program bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sepanjang tahun 2023 berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak RM13.3 juta daripada 809 peserta. Beliau berkata, ia dicapai hasil usaha dan penglibatan kukuh semua pihak termasuk Industry Coach INSKEN dan pasukan kerja INSKEN. \u201cSecara keseluruhan, saya amat bangga dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":24872,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-24871","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24871"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24873,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24871\/revisions\/24873"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24872"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}